1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, June 23, 2014

BILA STUDENT CUTI


assalamualaikum..

semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, semoga hari ini memberi keberkatan pada kita semua.amin.

alhamdulilah, peperiksaan bertulis dan final tugasan sudah selesai dihantar. fuhhh..berhempas pulas mengerjakan tugasan sampai menitik la jugak airmata ni kat library UM TU. Alahai sedih la bila bahan rujukan yang dicari tak jumpa. nak pitam rasanya saat tu, nasib baik ada classmate yang sangat membantu aku.

bila sambung belajar di peringkat sarjana ni sambil bekerja ni, alahai, sungguh mencabar jiwa aku, mana taknya, nak isi markah exam student lagi, nak siapkan final tugasan yang agak banyak la jugak..hihihi. positif ...positif itu je yang aku cucuk kat kepala aku ni, supaya semuanya selesai dengan baik.

Alhamdulilah..sekarang ni kat aswara dah semester break, 3 bulan ok, lama tu. Bila student dah mula cuti, maka lenganglah kampus ni, senyap sunyi tanpa mereka. Selamat bercuti untuk pelajar pelajar ASWARA. manfaatkanlah cuti anda dengan sebaiknya. 

6 comments:

  1. Teruskan usaha Ija.. insya Allah akan berjaya tu.. Boleh rehat sikit bila tak ada student ye :)

    ReplyDelete
  2. belajar sambil bekerja ni memang mencabar dan menuntut kekuatan mental serta fizikal yang tinggi...salam isnin dear...

    ReplyDelete
  3. Arol masih berperang dengan final exam, ada 3 paper lagi. Lepas tue cuti sem! :D Takpe, kak. Mencabar jiwa hari nie tapi kelak mesti dapat rasa kemanisannya. :)

    ReplyDelete
  4. salam. seronoknya dapat sambung study...sy pun berniat nak sambung..harap ada la rezeki :))

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya