1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, June 7, 2014

BUANG ANAK

assalamualaikum..

semoga kita semua di lindungi rahmat allah sentiasa.

cukup sekadar tajuk, tak perlu aku nak letak gambar pasal tajuk di atas, sebab aku sendiri tak sanggup nak tatap, kalian pun sama kan. bila cerita atau debat pasal isu ni, tak kan pernah habis dan tak pernah selesai. apa la punya zalim manusia macam tu. aku bukan menulis sebab mengikut emosi. sesungguhnya aku memang menentang PEMBUANGAN anak kecil ini. sebab apa?? sebab aku ni antara insan yang susah untuk mengandung dan aku hamba allah yang punya perasaan.

Minggu lepas, aku ke rumah anak yatim ( rumah titian kasih, titiwangsa) untuk serahkan baju baju dan juga barang yang masih elok untuk mereka guna. 

Masa kami sampai, anak anak tengah solat, bagus juga, kalau tak nanti, hati aku jadi sayu dan mula lah airmata tu laju je turun.  tengah duk letakkan barang, aku perasan ada baby perempuan, comel sangat, aku ni pulak pantang kalau nampak baby, geram sokmo.

Aku pergi then dukung anak comel tu dan cium banyak banyak. pengasuh rumah anak yatim tu bagitau aku baby perempuan yang aku dukung tu baru semalam ( khamis 29 mei 2014) di buang di belakang rumah anak yatim , di tepi tong sampah. 

Arghhhhhh...stress aku menahan airmata ni turun dengan laju. kejam sungguh ibumu wahai anak. itu saja yang termampu aku cakap. bila cakap banyak, nanti jadi lain pulak. moga allah lindungi anak itu dalam limpahan rahmat.

anak itu amanah allah untuk hambanya. sayangi lah mereka.


4 comments:

  1. Perghhh.. suka suka jer nak buang anak orang zaman sekarang nie...
    Apa punya hati la.. anak sendiri kot tak kisah la ko buat haram sekali pun.. buang tepi tong sampah pulak tu..astaqfirullah..

    ReplyDelete
  2. punya la seksa mengandung n melahirkan ... blh lak buang camtu jer ...

    ReplyDelete
  3. tak faham kenapa orang suka buang anak padahal nak pregnant n jaga kandungan 9bulan tu punyalah susah kan.

    ReplyDelete
  4. Ntah la tak faham sekarang ni. baru baru ni yang buang anak ke dalam gaung pun tergamak.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya