1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, June 13, 2014

MAKNA SEBUAH PEKERJAAN

Kisah seorang eksekutif muda sedang berehat di sebuah cafe. sedang dia sibuk mengetik laptop kesayangannya, dia di datangi oleh seorang gadis yang membawa beberapa tangkai bunga dan menhampirinya.

" encik, beli bunga ni encik."
" tak dik, saya tak perlukan bunga".
eksekutif muda itu tetap sibuk dengan kerjanya.
" satu tangkai je encik, bunga ni encik boleh bagi pada kekasih encik ke atau isteri encik ke", rayu anak gadis itu.

Dengan nada yang tinggi, dia memarahi anak gadis itu supaya tidak mengganggu masa waktu itu.

mendengar ucapan marah pemuda itu, gadis itu beralih kepada orang orang yang sedang lalu lalang di hadapan cafe itu.

setelah selesai urusan kerja, pemuda eksekutif itu segera keluar dari cafe dan sekali lagi dia berjumpa dengan gadis penjual bunga.
"sekarang, kerja encik sudah selesai, sekarang encik boleh beli bunga ni, murah je encik"

Antara belas ihsan dan geram, pemuda tadi mengeluarkan beberapa keping not dari poket seluarnya.
" ini ada 150 ringgit untuk kau. sata tak mahu bunga. anggap saje ini sedekah."

gadis itu mengambil duit itu, tetapi bukan untuk disimpan, dia berikan kesemua duit itu pada pengemis yang berhampiran dengannya. pemuda itu hairan dan sedikit tersinggung.

"kenapa kau tak ambil duit tadi? kenapa kau berikan duit itu pada pengemis?"
"maaf encik, saya dah berjanji dengan ibu saya, saya perlu jual bunga ini dapatkan rezeki bukannya meminta daripada orang lain.

pemuda itu tercegat tanpa suara. ini adalah pelajaran yang sangat berharga untuk dirinya. 

kerja adalah sebuah kehormatan, meskipun hasilnya tidak seberapa tapi keringat dari hasil titik peluh adalah sebuah kebanggaan.

8 comments:

  1. Salam jumaat ija... kalau kita berada dalam situasi itu pasti kita terkesan juga... lebih kurang sama dengan cerita budak jual kuih yang farah pernah baca dulu...

    ReplyDelete
  2. Cerita baik untuk pedoman di hai jumaat :D

    ReplyDelete
  3. Sebelum nie pernah baca jugak tapi cerita budak lelaki yang menjual kuih. Betul tue! Walaupun hasil yang kita dapat tak banyak atau tak seberapa, tapi kita rasa puas dan gembira sebab hasil usaha kita sendiri. :)

    ReplyDelete
  4. kisah pengajaran yg blh dijadikan panduan ...

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg baik utk dijadikan pedoman & peringatan.. t kasih Ija.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya