1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, August 14, 2014

LANGKAH SAYDINA ALI R.A

Assalamualaikum...

Segala pujian yang maha tinggi untuk Allah SWT dan juga selawat dan salam buat Rasullah SAW yang dicintai. semoga kita semua mendapat rahmat dan belas ihsan Allah dan syafaat Rasullah SAW.

kisah saydina ali ra. sebelum menjelang subuh ali bin abi talib bergegas bangun untuk mengerjakan solat subuh berjemaah dimasjid bersama dengan Rasullah. sudah tentu Rasullah sudah berada dimasjid seawalnya, rasanya tidak pernah orang lain yang sampai dulu.

sewaktu melangkah ke masjid, dihadapanya ada seorang lelaki tua beragama yahudi. lelaki tua itu melangkah dengan perlahan, kerana usianya sudah lanjut. ali sangat tergesa-gesa, kerana ali tidak mahu meninggalkan solat tahyatul masjid dan solat jemaah bersama Rasullah dan para sahabatnya.

ali sentiasa ingat pesan Rasullah supaya setiap umat muslim wajib menghormati orang tua walaupun berbeza agama. maka ali terpaksa berjalan di belakang orang tua, maka itulah langkah ali juga lambat, ali tidak sampai hati untuk mendahului lelaki tua itu kerana bimbang lelaki tua terjatuh atau mendapat kecelakaan.

setelah sekian lama berjalan, akhirnya ali sampai ke masjid dan langit sudah mulai terang. ali terus memasuki masjid dan mendapati Rasullah dan sahabat masih rukuk pada rakaat kedua, ini bermakna ali masih mempunyai kesempatan untuk mendapat satu rakaat solat jemaah. apabila Rasullah selesai solatnya dengan salam, umar bin khattab memberanikan diri untuk bertanya, " wahai rasullah, mengapa hari ini solatmu tidak seperti biasa?"

Rasullah kembali bertanya umar, " kenapa umar? ada yang berbeza?. umar menjawab, " ya Rasullah, biasanya engkau rukuk dalam rakaat kedua tidak sepanjang pagi ini, tapi pagi ini engkau rukuk terlalu lama". Rasullah menjawab, " aku juga tidak tahu, cuma pada saat aku rukuk yang kedua, malaikat jibril tiba tiba saja turun, lantas menekan punggungku sehingga aku tidak dapat bangun. umar semakin hairan. 

dengan perkenan Allah swt, malaikat jibrin turun, ia berkata kepada Rasullah saw, " wahai Muhammad, pagi tadi aku diperintahkan oleh Allah untuk menekan punggungmu dalam rakaat kedua dengan sengaja agar ali dapat solat berjemaah denganmu, kerana Allah sangat suka kepada ali kerana ali telah menjalankan ajaran agamanya. ali menghormati orang tua yahudi, dengan pernghormatannya itu, hingga ali terpaksa berjalan perlahan lahan, kerana orang tua berjalan sangat perlahan.

jika aku tidak menekan punggungmu, pasti ali akan terlambat dan tidak akan berpeluang untuk mengerjakan solat subuh berjemaah denganmu hari ini. mendengar penjelasan jibril, rasullah mengerti. beliau sangat menyukai perbuatan ali kerana apa yang dilakukannya itu menunjukkan betapa tinggi penghormatan umat islam kepada orang lain. Rasullah menjelaskan hal itu kepada para sahabat.

#moga kisah ini memberi kesan kepada kita semua. amin.

8 comments:

  1. seronok baca kisah Saydina Ali RA ni Ija, thanks for sharing...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak ija, Subhanallah. kagum sheila baca kak..

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing...sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana berkongsi...

    ReplyDelete
  5. http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/08/ice-watch-yang-awesome.html


    perkongsian yg bguna kepada agama bangsa dan negara. yeah!

    ReplyDelete
  6. Perkongsian ilmu yg bermanfaat. T kasih Ija.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya