1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, August 12, 2014

LESEN UNTUK SENYUM

Assalamualaikum..

segala pujian untuk ALLAH yang maha khaliq dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasullah SAW. Kesempatan ini saya mengajak rakan rakan blogger untuk sedekahkan AL-FATIHAH buat rakan sekerja yang baru sahaja kembali pada pencipta pagi semalam. semoga kamu tenang di sana kak zimah.

" hari yang mendung tidak dapat menandingi sikap yang ceria"
- william arthur ward-

terpanggil untuk berkongsi kisah ini, betapa senyum itu penyembuh duka lara dan kita kembali positif. jom layan:-

sesiapa yang mengenali dari saya (julia) pasti akan melabelkan diri saya seorang yang optimis. saya percaya dengan harapan mencari suatu yang positif dalam perkara dan keadaan yang mencabar. sikap optimis saya berpunca daripada kepercayaan dan cinta kepada tuhan yang saya percaya maha melihat setiap perkara kecil yang berlaku dalam kehidupan kita, bukan perkara yang besar besar sahaja. saya juga percaya semua yang berlaku ada sebabnya dan sekiranya minda kita sentiasa terbuka, maka tuhan akan menunjukkan kepada kita yang tuhan sedang memerhatikan kita.

walaupun begitu orang yang optimis pun kadangkala masih mengalami putus harapan. itu yang berlaku pada diri saya pada suatu hari yang mendung dalam bulan januari. saya berasa tertekan dengan cabaran cabaran yang terpaksa saya hadapi dalam kehidupan peribadi saya. cabaran rumahtangga, cabaran kewangan, cabaran kesihatan. semuanya bergabung menjadi satu puting beliung emosi yang mengancam dan mematahkan semangat saya. saya berasa marah, benci, kecewa, tertekan dan jauh dari rahmat tuhan.

sampai waktu rehat, saya tinggalkan pejabat bagi mendapatkan makan tengah hari. walaupun masih merasa negatif, saya perasan sinar matahari menembusi awan awan mendung dilangit. saya mula sedar akan sikap negatif saya dan teringat yang mindset saya adalah tanggungjawab kepada diri saya sendiri. walaupun saya tidak dapat mengelak cabaran cabaran yang sedang saya hadapi, saya dapat memilih untuk mengubah pemikiran saya menjadi positif.

saya memegang erat stereng kereta dan berdoa dengan seikhlas hati " ya allah, berikan saya kekuatan pada hari ini. saya tidak mahu berasa begitu sedih dan lemah begini. aku berlindung kepadamu daripada kesulitan dan kesedihan ini".

ketika berhenti di lampu isyarat merah, saya memandang bummper kereta di hadapan kereta saya yang dilekatkan dengan sticker yang menarik perhatian saya " MATAHARI SEDANG BERSINAR", saya terus senyum, sticker itu seolah olah peringatan tuhan pada saya, kemudian ada lagi satu sticker " JANGAN BERSUNGUT". INI bukan sahaja membuatkan saya tersenyum tetapi memberikan satu semangat dan mood saya meningkat.

saya mengganggap apa yang saya lihat pada sticker itu adalah mesej dari tuhan hasil dari doa saya. kita hanya perlu berdoa sahaja. betapa hebatnya kuasa doa hingga membolehkan saya tersenyum.
-julie A. Havener-

senyuman itu juga satu sedekah yang tidak perlu kita keluarkan modal. selain dari itu senyum itu boleh membuatkan jiwa mereka yang lara kembali senyum. senyumlah untuk diri sendiri dan mereka di sekeliling kita.

13 comments:

  1. senyum itu indah... menawan..dan murah serta mudah

    ReplyDelete
  2. jadi sentiasalah senyum walaupun sukar bibir mengukir senyuman..

    ReplyDelete
  3. salam. senyum itu bahagia :)

    al-fatihah..buat rakan sekerja akak. semoga rohnya ditempatkan disisi orang+ yang beriman..amin

    ReplyDelete
  4. senyum tak perlu kata apa2 ... senyum.. :)

    ReplyDelete
  5. " ya allah, berikan saya kekuatan pada hari ini. saya tidak mahu berasa begitu sedih dan lemah begini. aku berlindung kepadamu daripada kesulitan dan kesedihan ini". <-- doa yg terbaik and boleh diamalkan.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam ukhwah, singgah sini jalan-jalan blogwalking dari Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia by kak maria..done follow sini.. Salam syawal, salam ceria dari MyCherita

    ReplyDelete
  7. senyum itu penawar segala kedukaan ija..

    ReplyDelete
  8. senyuman itu free..tak perlu bayar :)

    ReplyDelete
  9. salam kenal..

    positive always.. and smile always...

    ReplyDelete
  10. Senyuman memberi kekuatan kpd jiwa org yg senyum, juga kpd yg melihatnya.. dgn senyuman, kita beroleh pahala kebaikan... Subhanallah...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya