1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, August 20, 2014

RASULLAH DAN PENGEMIS YAHUDI

Bismillahirahmannirahim

assalamualaikum

segala pujian untuk maha KHALIQ(SEMPURNA), ALLAH yang berkuasa seisi alam dan salam dan selawat buat junjungan besar Rasullah saw.

salam kasih untuk sahabat blogger, moga ukhwah ini berkekalan selamanya. alhamdulilah, masih di beri ruang untuk menulis dan berkongsi dengan korang semua, kisah yang agung, Rasullah dan Pengemis Yahudi.

Pada zaman Rasullah saw. amalan yang sudah sebati dalam diri baginda ialah sedekah, alkisah, setiap kali pulang dari masjid rasullah akan menyapa dan menyuap bekalan yang dibawa untuk seorang pengemis yahudi. rasullah tidak pernah ambil pusing pun, ejekan pengemis yahudi pada baginda. pengemis yahudi selalu mengejek dan memanggil baginda orang gila, tetapi itu tidak menjadi kisah pun pada baginda. 

selepas pulang dari masjid, itulah antara aktiviti yang tidak pernah baginda tinggalkan hinggalah baginda wafat.

setelah baginda wafat, satu hari, sahabat baginda iaitu umar al khatab datang menemui aisyah dan bertanya;

" wahai aisyah, semua sunnah rasullah telah ku laksanakan, ada apa lagikah yang tertinggal?"

jawab aisyah;
" ada satu yang belum kau laksanakan, setiap pulang dari masjid, rasullah selalu memberi makan kepada seorang pengemis yahudi".

mendengar jawapan aisyah, umar terus berlari menuju ke tempat yang dikatakan aisyah. umar mendekati pengemis yahudi dan menyuapnya makanan seperti yang selalu rasullah laksanakan. lantas, pengemis yahudi pun berkata;

"ini bukan tangan orang yang selalu menyuapi aku. kerana orang yang selalu menyuap aku, akan mengunyah makanan dan setelah hancur makanan itu barulah disuapkan kepada aku". kata pengemis.

umar terus menangis kerana mulianya prilaku rasullah terhadap yahudi tua itu. terus umar berkata;

" orang yang selalu menyuapi kamu itu telah pergi meninggalkan kita semua, baginda telah wafat". terang umar dalam sendu.

Itulah antara amalan rasullah yang selalu diterapkan pada diri sahabat dan umatnya, agar sentiasa membantu dan bersangka antara sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa. moga kita semua mendapat rahmat allah dan syafaat rasullah. yang buruknya datang dari saya, yang baik lagi mulia semuanya dari allah swt.

12 comments:

  1. teladan yang baik yang ditinggalkan oleh Rasullah..:)

    ReplyDelete
  2. sebak sy baca kak.. mulia sungguh hati Rasulullah SAW..
    bila sy berhadapan dgn org2 yg btul2 menguji kesabaran saya..
    kerap sy bisikkan dalam hati sy "kalau Rasulullah SAW ada sekarang ni, apa yg Rasulullah SAW akan lakukan" , terus sy diam n sabar.. x jadi nk marah2 ke apa..

    ReplyDelete
  3. salam. insyAllah....boleh dijadikan teladan untuk kita semua..nice entri kak :)

    ReplyDelete
  4. bila baca entri ni, rasa rindu pada Rasulullah..jangan lupa berselawat kepada baginda..banyak kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W..

    اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم

    ReplyDelete
  5. Terima kasih berkongsi...Rasulullah S.A.W sebaik-baik manusia & contoh pada semua...

    ReplyDelete
  6. Selawat & salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw... T kasih atas perkongsian ini Ija.. :)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak ija. Subhanallah. haritu ada dengar kisah ni kat tv. teladan yang baik patut dicontohi oleh kita semua. thanks sharing kak ija ~~~

    ReplyDelete
  8. perlu bersangka baik pada sesiapa juga ....

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya