1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, August 13, 2014

SAYA SEORANG WANITA

Assalamualaikum..

Segala pujian untuk Allah SWT yang maha Khaliq (sempurna) dan salam juga selawat untuk Rasullah SAW yang dicintai. semoga kita semua mendapat rahmat Allah dan Syafaat Nabi SAW. Amin..

antara satu kelebihan yang Allah kurniakan untuk wanita ialah, apabila wanita bangun solat malam, wanita boleh solat dalam keadaan duduk ataupun berbaring, kerana pada waktu siangnya wanita penat dan lelah melakukan kerja seharian untuk menjaga suami/ anak dan juga mencari rezeki. itulah keistimewaan yang allah berikan untuk wanita. betapa mulianya kamu wahai wanita. kisah yang ingin saya kongsikan ialah " saya seorang wanita"

'apabila merawat seorang pesakit, mula mula sekali kita perlu merawat mindanya'.
- chen jen-

pada tahun 1997, baru saya tahu apa erti sebenar menjadi seorang wanita. bukan sepertimana definisi wanita dalam kamus, seorang isteri, ibu dan sebagainya. tetapi bagaimana saya mendifinisikan semula diri saya apabila berhadapan dengan risiko kehilangan apa yang saya fikirkan menjadikan saya seorang wanita.

enam bulan sebelum kelahiran anak saya yang pertama, saya menjalani ujian kesihatan. saya rajin bersenam dan merasa sihat. namun seminggu kemudian doktor menghubungi saya dan meminta saya kepejabatnya bagi menjalani biopsi. katanya ada kemungkinan saya menghidapi penyakit kanser serviks. dalam ketakutan, saya menjalani biopsi itu. seminggu kemudian doktor meberitahu sel- sel serviks saya tidak ada kanser. cuma saya perlu kurangkan stress kerja.

enam minggu selepas melahirkan anak, saya pergi lagi berjumpa doktor bagi pemeriksaan lanjut. sekali lagi doktor mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan serviks saya. beliau mengarahkan ujian biopsi dijalankan bagi memastikan semuanya baik baik sahaja. seminggu kemudian doktor mengesahkan yang tidak ada masalah, cuma stress disebabkan saya baru melahirkan anak. dua kali saya melalui ujian dan keduanya saya terlepas daripada kanser.

saya mula fokus dan menjalan kehidupan yang positif dengan membesarkan anak saya.  sehinggalah pada satu pagi, bangun dari tidur seperti kebiasaannya, saya akan memengang bahagian payudara, tetapi pagi itu saya terasa ada satu ketulan yang besar. saya panik dan terus berjumpa dengan doktor. apabila ujian ultrasound dilakukan, terlihat satu ketulan gelap yang muncul . doktor menyarankan saya agar ketulan itu perlu dibuang segera. oh!! perkara yang paling saya takut, akhirnya datang pada saya.

airmata membasahi pipi saya. saya baru berusia 31 tahun, kenapa saya perlu lalui semua ini. saya menyalahkan diri saya sendiri. suami saya memeengang erat tangan saya dan lantas memeluk saya sambil berbisik, " sayang..kamu tidak kesorangan, tuhan ada bersama kamu, dan saya sentiasa ada di sisi kamu, positifkan diri kamu dan katakan pada diri kamu, kamu adalah wanita yang bertuah".

sebelum pembedahan di lakukan, saya banyak menghabiskan masa dengan suami, anak dan juga kawan kawan saya. saya muhasabah diri saya dan juga melakukan refleksi diri iaitu saya pergi ke SPA, ke gym, pusat akunpuntur dan apa yang saya buat adalah, saya berdoa dan terus berdoa tanpa putus asa.

pada hari pembedahan saya telah bersedia dari segi mental untuk berhadapan dengan situasi ini. saya diberi ubat bius, lama kemudian, apabila terjaga daripada kesan ubat bius, mata saya terbuka dan terus melihat wajah doktor yang tersenyum lebar. beliau berbisik ke telinga saya dan berbisik, " saya tidak tahu bagaimana puan melakukannya, tetapi saya tidak pernah melihat kanser hilang! satu hari nanti mungkin puan boleh beritahu saya rahsianya. beliau berdiri dan berlalu pergi.

sepanjang hidup, saya diajar yang seorang wanita mempunyai satu uterus, vagina, sepasang payudara, dan rambut yang panjang. namun pada tahun 1997, saya sedar menjadi seorang wanita bukanlah semua itu, tetapi perasaan tenang, gembira dan kasih sayang yang mampu dirasai, diberi dan di kongsi dengan orang sekeliling. Doa tanpa putus asa dan yakin juga satu terapi yang sangat mujarab. kini saya tahu, saya seorang wanita.




5 comments:

  1. Maknanya .. hidup kena positif dan gembira selalu kan Ija... dan yg paling penting mohon pertolongan pada Allah s.w.t. ..

    ReplyDelete

  2. Semakin ramai telah mendaftar , masa makan duit masuk , masa jalan-jalan duit masuk , masa tidur pun duit tetap masuk. Duit masuk 24jam tak henti-henti. Daftarlah sekarang !

    sesuai untuk :
    # pelajar IPT. Sebab apa ?. saya juga pernah menjadi seorang student IPT. Duit PTPTN memang tak cukup. Kita sebagai student juga mempunya keinginan untuk berbelanja . BETUL ATAU TIDAK ?
    # peniaga kedai runcit(TAK PERLU CHARGE RM 0.50 KEPADA PELANGGAN SEBAB DARI TOPUP YANG ANDA RELOADKAN KEPADA PELANGGAN ANDA SUDAH DIBERI KOMISYEN) disini anda mungkin mempunyai kelebihan. sebab apa ?. dari apa yang saya perhati dan telah saya survey. kebanyakkan penjual topup dari kedai2 runcit mengenakan charge tambahan 0.40/0.50 dan sebagainya kepada setiap pelanggan yang membeli topup sedangkan anda tidak.
    # penjawat sektor kerajaan dan swasta yang menginginkan income tambahan
    # penganggur terhormat yang tidak mempunyai sebarang income/pendapatan

    MEMPERKENALKAN !!!
    Part Time Bisnes (Topup) - Pakej Agen..

    Pakej Agen Topup Paling GEMPAK..
    Yuran Terendah, Profit @ Keuntungan Tertinggi Di Pasaran..
    YURAN PAKEJ

    AGENT (RM30.00)
    Produk Yang Disediakan :-
    * Maxis
    * Digi
    * Celcom
    * Umobile
    * Tunetalk
    * Xox
    * Merchantrade
    * Digissocial
    * Digisidd
    * Digibroadband
    * Molpin
    * Tron
    * Italk
    * Cib-Mall Pin
    * A-Cash Pin
    * Mcoins Pin
    * Njoi Flexi
    * Celcom Bill
    * Maxis Bill
    * Digi Bill
    * Umobile Bill

    Utility Bill :-
    * Telekom Bill
    * Astro Bill
    * Syabas Bill
    * Tnb Bill
    * Water Bill (Johor, Kelantan, Kuching, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sibu)
    * Electricity Bill (Sabah & Sarawak)
    * Indah Water Bill
    * Unifi Bill
    * Sada Bill

    UNTUK INFO LANJUT BOLEH SMS/WECHAT/WHATSAPP 0177259260 24 JAM. PANGGILAN TELEFON TIDAK DI GALAKKAN KERANA TERIKAT DENGAN KERJA

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya