1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, October 18, 2014

assalamualaikum..
selamat berhujung minggu peeps. alhamdulilah, semoga allah sentiasa melindungi kita dari segala malapetaka. selawat serta salam buat junjungan besar Rasullah saw.

Hari minggu yang mendamaikan, santai sambil blogwalking, sambil menulis dan sambil menelaah nobel ramlee awang mursyid. buku ilmiah?? hurm..letak tepi jap ek, sebabnya sehari suntuk kot di kelas hari ni. so dikala malam yang hening saje, boleh mengadap blog. WEEKdays hari bekerja, weekend hari untuk aku jadi pelajar. bagi hilangkan penat ni, aku jamu mata dengan pic yang penuh tersirat dan tersurat.

pelbagai andaian kita boleh ungkaikan bila melihat gambar ini. tak da salah dan betul. terpulang pada interpretasi kita kan. tapi tatkala melihat ini, aku terus snap sebab aku rasa melihatnya sangat indah, punya makna yang adakalanya tak termampu nak fikir dek akal. ia tak ubah seperti sebuah lukisan di atas kanvas.


cantik dan menakjubkan walaupun sekadar ranting kering, tapi ada cerita dan emosi pada setiap dahan dan ranting yang berlingkar. 

rantingnya rapuh tetapi berpaut pada dahan, dahan pula menumpang kekuatan batang akar yang kukuh. namun sampai masanya, akan menyembah bumi dengan izin Allah swt.

semua ini rahsia allah swt.


4 comments:

  1. Puan Ija Rased,

    Assalamualaikom. Saya setuju dengan pandangan Puan bahawa masing-masing mempunyai pandangan tersendiri dari apa yang dilihatnya sesuatu objek. Cantik, indah, unik atau pun buruk, hodoh adalah sesuatu yang subjektif. Namun melihat pada isi sesuatu penciptaan itu dari mula ia dijadikan, bagaimana perjalanan 'kehidupan' sehingga kepada 'kematian'nya menjadi teras pada apa yang dilihat. Sehingga renungan kita berpaksikan kepada kebesaran Allah swt dalam mentadbir alam semesta ini dapat kita hayati dan melihat betapa kerdilnya diri kita manusia ini. Dan alangkah baiknya kita sudahi renungan ini dengan memuji kembali segala kesempurnaan kepada Al Khaliq dan mengucapkan "Rabbana maa khalaqta haadza bathila, Subhanaka faqina adzaban nar". (Quran Surah Al Imran, ayat 191).

    Untuk pengetahuan Puan, sahabat-sahabat Rasulullah saw sering merenung lama-lama sambil memikir akan kejadian langit dan bumi seperti bulan, bintang, gunung ganang dan apa sahaja dan kemudian akan memuji kebesaran Allah. Dan alangkah beruntungnya ganjaran yang diterima dari Allah swt lantaran berfikir sejenak akan penciptaanNya.

    Maaf sedikit panjang ulasan saya ini. Saya juga renungi lama akan foto yang Puan muatnaikkan itu.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...walaupun nampak berselirat, nak membuatnya tidak mudah...begitu besar kekuasaan Allah dan ciptaan Allah

    ReplyDelete
  3. Subhanallah.. hebatnya kekuasaan Allah swt.. Allahuakbar.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya