1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, October 3, 2014

HAK ALLAH

Bismilahirahmanirahim..

segala puji bagi Allah yang mencipta seisi alam dan selawat ke atas junjugan besar Nabi SAW.

kisah yang ingin aku kongsi dan boleh jadikan panduan untuk aku juga. ceritanya pendek tapi moral dalam cerita itu yang ingin ditekankan.

Dalam sebuah kapal pedagang, ada ramai awak awak kapal, di antaranya ialah saifuddin, salah seorang awak kapal yang telah dijual oleh lanun dari selat melaka kepada juragan pedagang. sejak pada itulah saifuddin menghambakan diri kepada juragan, tetapi juragan masih melayani saifuddin dengan baik sekali.

Turaki, tukang masak kapal, beragama hindu. dia suka membuli saiffudin dan suka mengarahkan saifudin dengan pelbagai kerja. walaupun turaki ini kelihatan garang dan bengis, dia sering memberi pesan kepada saifudin supaya menjauhkan diri daripada mencontohi perangai awak awak kapal yang suka melakukan maksiat zina dan mabuk. kata turaki lagi pada saifuddin, perbuatan itu haram dan merosakkan hati.

Saifuddin tidak lama di atas kapal kerana juragan akan menyerahkan dia kepada seseorang untuk menjaganya. akhirnya berpisah juga saiffudin dan turaki.

kini saifuddin tinggal bersama wali sufi di tanah rencong, aceh. selesai ba'daar asar, saifuddin menceritakan perihalnya sewaktu di atas kapal, termasuklah cerita perihal turaki.

saifuddin : kenapa ya pak, turaki itu tidak memeluk islam sedangkan semua hal keislaman dia tahu dan faham

wali sufi : Hidayah itu hak Allah. sentiasalah kamu berdoa agar Allah memberi turaki itu hidayah.

2 comments:

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya