1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, October 16, 2014

HILANG DI TELAN ZAMAN

assalamualaikum..
alhamdulilah..segala pujian untuk yang QUDDUS, salam serta selawat buat junjungan Rasullah saw. semoga hari ini lebih baik dari semalam. amin.

apa permainan peberet korang masa zaman kecik kecik dulu? mesti ada kan. jom kita share sama sama ek. aku ni lahir zaman 80 an, anak selepas merdeka tapi zaman tu taklah secanggih zaman sekarang. 

aku membesar di kawasan perancangan Felda, lepas ayah pencen awal dari perkhidmatan tentera, ayah memilih untuk mengusahakan tanah kelapa sawit. zaman aku dulu, takda gadget yang canggih manggih macam sekarang ni. gadget aku dulu, upih pinang, congkak, tali getah untuk main teng teng, selipar jepun (kaki tiga), tin susu ( macam2 yang boleh dibuat permainan). 

lepas balik sekolah SABDA ( Agama, waktu petang) terus pergi kat port biasa, kumpul ramai ramai dan bincang nak main apa. time tu tak peduli pun, selut liat ker, pasir ke, yang penting dapat bergalok ( bergembira ler) dengan member2. sebelum maghrib wajib balik rumah, kalau tak, adalah birat kecik kat batang betis tu. hihihi..

arghhhhh..semua itu kenangan yang sukar untuk dikembalikan. balik kampung sekarang pun, dorang dah tak main tanah macam dulu, dorang lebih suka mengadap pc, gadget, tv. permainan warisan seakan di telan dek arus kemodenan yang semakin mencanak. 

aku rindu nak ulang semua saat itu. aku rindu nak kembali ke saat itu, aku nak zara tahu apa toys aku dulu. belum terlewat untuk aku ulang tayang kembali mungkin  keadaan saja yang berbeza tapi bentuknya masih sama.




Permainan upih pinang

ni aku panggil teng teng..

paling aku suka main tali getah ni, siap ada simpanan sendiri tau. kumpul getah banyak2 then buat koleksi. rindunyaaaaa

main nusut ( itu dalam bahasa terengganu) in bahasa main sorok sorok. hahahaha. 

Permainan congkak. masih lagi dikekalkan walaupun untuk acara rasmi mempamerkan budaya dan permainan tradisional melayu.


ini nama nya permainan kaki tiga. permainan ni memerlukan tenaga dan stamina tau, korang pernah main tak?? 

andai dapat ku undur masa....

7 comments:

  1. Semua saya pernah...plus saya main batu seremban, polis sentri & kejar2...hihi

    ReplyDelete
  2. anak-anak skrg da xde mainan macam ni..main tablet..tgk superheroes..haha
    morning..singgah klik2 naked
    irrayyan.com

    ReplyDelete
  3. Kan2...t nk ajak azwa main teng teng.. pastu congkak...wah..mengimbau masa sila..

    ReplyDelete
  4. my anak buah bila berkumpul di kg masih buat . maklumlah di kg line tenet slow ... mmg happening mrk tau ...

    ReplyDelete
  5. semua permainan diatas pernah main.
    dan yang pakling mencabar, main menyorok dalam air sungai

    ReplyDelete
  6. Mmg rindu dengan zaman kanak2.. teringat juga waktu main parit, tangkap ikan sepat.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya