1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, October 29, 2014

KITA LEBIH BERTUAH DAN ADAKAH KITA BERSYUKUR??


assalamualaikum..

alhamdulilah, segala puji bagi Allah swt serta selawat dan salam buat junjungan besar Rassullah saw. semoga kita sentiasa diberi belas kasihan dari Allah swt.

kITA lebih bertuah kerana tinggal dibumi yang aman lagi damai. dalam kemewahan dan pembangunan yang serba canggih, masih ada lagi insan insan yang diluar kemampuan untuk menyara kehidupan di tanahair sendiri.

Gambar kat atas tu, aku copy dari FB my frnz. aku tak nak baca pun apa yang dorang citer panjang lebar pasal gambar tu, sebab bila pandang gambar tu, sudah menceritakan semuanya pasal kehidupan anak gadis kecil ini.

Sepatutnya usia 7 tahun, tempatnya adalah di sekolah dan di penuhi dengan aktiviti yang menyeronokan, tetapi dia dan anak gadis kecil di luar sana yang tiada kemampuan, terpaksa menyara hidup seawal usia. ouch..apa aku boleh buat?? baca n baca. nasih kita lebih baik berbanding mereka. itulah yang selalu dan kadang kadang aku lupa. 

Ada satu hari, aku pernah bagi rm++ kat sorang makcik ni, punye lah dia mengucapkan syukur dan berdoa dengan penuh sebak untuk aku. apa lagi, bergenang la mata aku, nasib baik pakai spec mata. Ya allah, punyalah dasyat mak cik ni ucapkan alhamdulilah sedangkan aku hanya bagi tak seberapa pun. betapa selama ni, jarangnya aku nak ucapkan hamdalah. 

Beryukur lah sebab malaysia penuh aman damai, walaupun ada ketikanya kita di goncang dengan pelbagai perkara, namun allah tetap memelihara negara kita. 

Moral untuk aku sendiri, sentiasalah bersyukur walau apa jua keadaan sekalipun, sesungguhnya "  Fa-‘Inna Ma-‘Al-‘Usri Yusrâ .‘Inna Ma-‘Al-‘Usri Yusrâ, maksudnye Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

______________________________________________________

FOOD REVIEW

Jeng jeng!!! promosi !! promosi!! sakan ni bagi tau. produk yang dibikin sendiri oleh mommy2 gojes.  crispy choc crunchy!! sangat yummy ok. khas untuk PENGGEMAR CHOCLATE!! JOM GRAB THIS PRODUCT!!!



CALL / SMS/ WHATS APP 018-393 1642 / 017-9156845 UNTUK TEMPAHAN. 


2 comments:

  1. Kesiannya.. syukurlah kita ni tak sesusah smpai mcm tu. Semoga Allah jua yg memudahkan segalanya... aamiin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dengan apa yg ada. :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya