1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Monday, October 13, 2014

SUARA UNTUK GAZA

Assalamualaikum..
alhamdulilah, segala puji untuk yang maha Quddus serta salam dan selawat buat junjungan Rasulllah saw. moga kita semua mendapat rahmat allah hendaknya.

Hujung minggu yang padat dengan segala aktiviti. termasuk juga aktiviti memonteng kelas sarjana kerana suara untuk gaza. Dato prof, maaf yer, terpaksa lagi memonteng. last prof last ok. itulah janji dan alasan seorang anak murid yang sentiasa ingkar. (ampun wahai guruku).

ahad, semalam, aku terlibat dengan  event humanity for gaza di AGENDA Subang Parade. lebih kurang show amal bagi mengutip dana untuk palestine. aku tidak ada duit yang beribu untuk membantu, tapi aku punya keringat dan doa untuk mereka. 

bukan ASWARA saje yang membuat persembahan, ramai sukarelawan yang setia dari pagi hingga ke malam untuk sama sama menyumbangkan tenaga dan keringat mereka bagi memastikan event humanity berjalan dengan sempurna. alhamudulilah.

Acara ini berlangsung dengan pelbagai aktiviti yang telah di susun oleh pihak organizer. pertama kali terlibat dalam event yang berbentuk charity memberi satu pengalaman yang berharga untuk diri aku sendiri. selain daripada menghayati penderitaan dan kesengsaraan mereka di palestine, sikap kerjasama tanpa mengira status dan umur juga agama sangat tinggi dalam menyampaikan mesej kemanusian.

Aku harap aku dapat join lagi aktiviti seperti ini. moga usaha dan penat lelah mereka dibayar dengan senyuman kepuasan. bagi aku, wang ringgit bukan keutamaan mereka tetapi keikhlasan dalam perjuangan hak kemanusian. 










2 comments:

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya