1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, October 14, 2014

TEKANAN BERTUKAR MENJADI RAHMAT

ASsalamualaiku..alhamdulilah pada Allah swt kerana masih diberi nafas untuk menghirup dengan penuh nikmat. salam dan selawat ke atas junjungan Rasullah saw. semoga sentiasa dipayungi rahmat ilahi. amin.



" pekerjaan yang remeh tidak wujud, cuma pekerja itu yang bersikap remeh"
-william J. Bennet, the book of virtues-

saya pernah terbaca stiker bumper yang ditulis, "terlalu dirahmati untuk berasa tertekan". saya mengeluh, " ya la tu, saya rasa ia lebih kepada terlalu berasa tertekan untuk dirahmati. saya berumur 58 tahun. waktu itu saya sedang dalam perjalanan menghadiri temu duga kerja yang membayar lapan dolar sejam. kerja yang perlu saya buat hanyalah mengangkat, menyusun surat dan menghantar barang.

beberapa bulan bekerja disitu, saya keletihan. saya mungkin sudah melakukan kerja diluar kemampuan saya kerana komited mahu memberikan yang terbaik. semua kerja yang saya lakukan adalah inisiatif sendiri sebelum diminta oleh majikan. kerajinan saya membuatkan saya letih dan penat.

apabila sampai dirumah, saya pasti terus duduk dan mencari minyak angin bagi mengurut badan.

Baru-baru ini saya ditawarkan dua peluang pekerjaan tambahan. semuanya berlaku ketika saya bercakap dengan pelanggan yang singgah hendak membuat pesanan. peluang pertama adalah kontrak menulis yang diberikan oleh pelanggan yang datang mencetak brosur pemasarannya. Peluang kedua pula datangnya dari majikan saya. dia cadangkan supaya saya menyertai organisasi eWomen network kerana pasti saya bertemu dengan pelbagai orang.

Takdir tuhan mengatasi segala-galanya. saya memilih peluang pertama untuk meneruskan kehidupan saya. tidak lama kemudian saya berhenti kerja. saya tidak lagi  menyusun surat dan mengangkat barang. majikan memujuk supaya saya terus bekerja dengan berkata, sekiranya saya berhenti, berat badan saya akan bertambah naik. saya tahu dia cuba mengembirakan hati saya. saya berterima kasih padanya atas segala peluang yang diberikan.

Hari ini saya bergelar penulis. jari jemari saya laju meulis baris baris perkataan. kaki saya laju mengayuh pengayuh kesihatan bergerak yang diletakkan di bawah meja. saya akui, kadangkala saya tertekan dengan deadline editor, namun kerisauan itu hanya sementara. setiap hari saya hadapi dengan penuh syukur, optimistik dan positif. baru kini saya maksud sticker " terlalu dirahmati untuk berasa tertekan".

sumber : chicken soup for the soul

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya