1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, November 28, 2014

8 TANDA HATI YANG DAMAI


assalamualaikum...Bismillahirahmanirahim. Alhamdulilah segala puji bagi Allah swt. Selawat serta salam buat Rasullah saw. Moga hari jumaat ini memberi seribu keberkatan pada kita semua. Tidak lupa doa buat Mak dan Ayah, moga senantiasa dalam payungan rahmat ilahi. amin.

Sekadar berkongsi dan peringatan untuk diri sendiri yang sentiasa naif dan lemah dengan Ujian. semua orang inginkan hati yang damai, semua orang bermimpi untuk senantiasa tenang dan damai. Mari semak hati kita :

8 TANDA HATI YANG DAMAI

SATU
tersemat iman: ini dinyatakan dalam firman Allah.." dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu menyakini bahawasanya al-quran itulah yang daripada Tuhanmu lalu mereka BERIMAN dan tunduk hati mereka kepada, dan sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang orang yang beriman kepada jalan yang lurus" . (al-haj 54)

DUA
Redha&diredhai : " hai jiwa yang tenang dan tenteram, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi DIREDHAINYA. maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaku. dan masukkanlah ke dalam syurgaku" 
(al-fajr 27-30)

TIGA
Bertakwa atau patuh kepada ALLAH : " dan barang siapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul daripada KETAKWAAN hati" (al-haj 32)

EMPAT
Bersih dari segala noda : "dan apabila kamu meminta kepada(isteri-isteri nabi) maka mintalah dari belakang tabir. cara yang demikian itu lebih BERSIH BUAT HATI kamu dan hati mereka" (al-ahzab 53)

LIMA
Cenderung kepada taubat: "dan didekatkan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tida jauh daripada mereka. inilah yang dijanjikan kepadamu iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali kepada ALLAH lagi memelihara peraturanNYA. orang yang takut kepada Tuhan yang maha pemurah sedang dia dia tidak kelihatan(olehnya) dan dia datang dengan HATI YANG BERTAUBAT , masuklah syurga itu dengan aman, itulah hari yang kekal.(Qaf 31-34)

ENAM
Tahan sabar: "dan kami kuatkan hati hati mereka(penghuni gua) dengan KESABARAN tatkala mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami pengurus langit dan bumi, kami tidak akan seru Tuhan selain daripada dia..(al-kahf 14)

TUJUH
Tetap pendirian, kuat dan teguh:"dan jadilah hati ibu Musa hampa. hampir hampir dia bukakan rahsia(musa) itu sekiranya tidak kami TEGUHKAN HATINYA, supaya jadilah dia daripada orang 0rang yang percaya (kepada janji Allah)" .(al-Qashah 10)

LAPAN
Kasih kepada sesama mukmin: " dan ia telah persatukan antara hati-hati mereka. sekiranya engkau membelanjakan semua kekayaan yang ada dibumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati hati mereka, akan tetapi allah telah MEMPERSATUKAN HATI mereka. sesungghnya dia maha perkasa lagi maha bijaksana". ( al-anfal 63)

sumber ini aku petik dari majalah IMAN bil 32. aku tidak pandai untuk menghuraikan tentang hukum dan dalil islam, yang mampu aku lakukan ialah berkongsi apa yang aku baca. Moga kita semua dapat ilmunya. amin.

8 comments:

  1. Salam Jumaat Ija...Moga-moga semua tanda-tanda ni ada dengan kita..

    ReplyDelete
  2. salam kenal utk tuan rumah..akak follow sini

    ReplyDelete
  3. nmpk nyer byk lg yg perlu kita kejar demi mendapatkan hati yg damai

    ReplyDelete
  4. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan hati yg damai... aamiin..

    ReplyDelete
  5. selamat pagi :) thanks for sharing

    ReplyDelete
  6. Moga kita semua dikurniakan hati yg damai. Amiin.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya