1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, November 27, 2014

INILAH REZEKI ALLAH YANG TIDAK DISANGKA

assalamualaikum..

Bismilahirahmanirahim..alhamdulilah segala puji bagi Allah swt. Selawat serta salam buat Rasullah saw. Moga kita semua mendapat rahmat ALLAH dan syafaat Rasul yang kita cinta. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Tidak lupa doa buat mak dan ayah, semoga sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah swt. amin.

Hari ini aku dapat rezeki yang tidak di sangka. bukak blog tadi, ada notice di side chating. namanya IM, dia mintak email aku untuk dihubungi, dengan pantas la aku kirimkan emailnya..sepantas kilat..hihihi..tak sampai setengah jam aku dapat email dari dia. wahh..terkejut+terharu sangat sebab dia hantarkan pic untuk header aku. so speechless la aku ni. 

Rezeki itu bukan sahaja dalam bentuk duit kan. alhamdulilah...dia emailkan aku 3 pic header untuk aku. semuanya cantik cantik. thank u so much dik, evendo kita baru sahaja kenal di alam maya tapi keprihatinan dan keikhlasanmu buatkan akak terkedu seminit.

Actually aku kenal dia dari blog juge. aku ada join satu segmen yang dia anjurkan, then aku antara yang terpilih, rezeki kan. terima kasih wahai  adik IM ( namanya rahsia,katanya..hihihi) 



Yeayyy..sekarang aku ada banyak header yang aku boleh tukar. tq so much again and again. moga ukhwah ini sentiasa berkekalan dalam lindungan kasih sayang Allah swt. amin.

jeng..jeng...inilah pic header yang dikirimkan oleh salah sorang teman blogger.





11 comments:

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya