1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, November 25, 2014

TAHFIZ BUTA YANG MEMUKAU HATI DAN JIWA


assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim..alhamdulilah segala puji bagi Allah swt, selawat serta salam buat junjungan Rasullah saw. Doa untuk mak dan ayah/ ayah mertua agar senantiasa dalam lindungan Rahmat dan Kasih sayang Allah swt. Moga hari ini menjadi lebih indah untuk kita semua. amin.

berkongsi sesuatu yang indah, sesuatu yang sangat menakjubkan. subhanallah..anak kecil yang usianya 10 tahun sudah menjadi tahfiz. menitis air mata tatkala anak sekecil ini sudah menghafaz 30 Juz Al-Quran..subhanallah..asalnya dari Madinah Munawarah, tapi yang paling memberi tamparan untuk aku, anak ini luar biasa, anak ini buta matanya, namun mata hatinya terang, jelas. segalanya dengan izin yang maha pencipta.

Syekh Jihad Al Maliki

soalan dari pengacara: 
apakah kamu pernah meminta doa pada Allah agar mengembalikan penglihatan kamu?

jawab anak kecil ini:
tidak, saya tidak pernah berdoa demikian, kerana saya ingat sebuah hadis, " barangsiapa yang kehilangan kedua matanya dan dia bersabar, maka Allah akan menggantikannya dengan syurga".

Hebat kan kuasa Allah. anak yang kurang fizikalnya mampu menghafaz 30 Juz Al-Quran, sedangkan aku, yang sihat tubuh badan, yang celik penglihatan??? sesungguhnya allah maha mengetahui. 

Moga aku terus membaca al -Quran. moga kita semua terus membaca al-quran walaupun sesibuk mana sekalipun, kerana Al-Quran adalah kabel yang akan menolong kita di alam barzah. 



7 comments:

  1. Muhasabah diri..kerdilnya kitakan ija..In Shaa Allah tersu perbaiki diri..

    ReplyDelete
  2. rezeki beliau.Alhamdulillah...moga anak-anak kita juga mampu diterangkan hati.

    ReplyDelete
  3. peringatan kepada diri sendiri. thanks u

    ReplyDelete
  4. Kak, sorry lambat pasal header tu. IM tak reti sgt buat header. Dulu pakai header edit2 tulisan ja. Nk tolong sikit2 boleh tapi biasa2 je. Hehe. Header IM kat blog skrg, IM tempah kat Kak Jia, jiakreatifelt.com ;)

    ReplyDelete
  5. Subhanallah... kerdil rasanya diri ini. Mmg kerdil...T kasih atas perkongsian & peringatan ini Ija.

    ReplyDelete
  6. Memang benar apabila melihat anak kecil yang tidak dapat melihat mushaf dari Al Quran boleh menghafal terasa amatlah lemah diri kita ini yang dikurniakan cukup sifat oleh Allah swt.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya