1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, December 16, 2014

AMALAN YANG MEMBOLEHKAN KITA KE SYURGA


assalamualaikum..

Bismillahirahmanirahim..alhamdulilah segala puji Allah swt dan Selawat serta salam buat Rasullah saw. semoga kita semua mendapat rahmat Allah dan syafaat Rasullah. Tidak lupa doa buat mak dan ayah. apa khabar wahai blogger? moga semuanya dalam keadaan baik baik aje.

Setiap hari akan ada sesuatu yang kita belajar, tidak kira dari siapa ilmu itu datang. walaupun sesuatu itu datang dari anak kecil, itulah antara anugerah Allah yang maha hebat.

Cukupkah amalan aku untuk meninggalkan dunia transit ini untuk ke tempat yang kekal abadi? sesungguhnya setiap saat itu ada dosa yang aku lakukan tanpa aku sedari.

Namun siapakah aku untuk mengira amal ibadat yang dilakukan. Al-Khaliq maha bijaksana dan maha mendengar. 

Teringat aku satu petikan ayat yang pendek dari majalah IMAN yang berbunyi:

" daripada abu ayub khalid bin zaid al ansari, bahawasanya seorang lelaki berkata, wahai Rasullah, beritahu kepadaku mengenai amalan yang membolehkan aku ke syurga. jawab Rasullah, beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan huhungan silatulrahim."

aku insan yang tidak sempurna, banyak kelemahan dan kekurangan. namun untuk memutuskan ikatan silatulrahim itu bukanlah prinsip hidupku. hentikanlah segala tohmahan pada saudara kandungmu. kikiskanlah sedikit egomu. buanglah rasa kemegahan itu. 

#allah maha mengetahui#

7 comments:

  1. T kasih atas peringatan ini.. semoga bersama2 semua diberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  2. amalan yang mudah tetapi masih lagi payah untuk dilakukan..
    semoga kita semua cekal dan istiqamah..
    thanks diatas perkongsian kak..
    :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya