1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, December 2, 2014

DOA YANG SERING RASULLAH SAW UNGKAPKAN

assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim..Alhamdulilah segala puji untuk KHALIQ pencipta. Selawat serta salam buat junjungan besar Rasullah saw. Semoga kita senantiasa mendapat hidayah Allah dan Syafaat Rasullah. amin.

Aku adalah antara insan kerdil yang sentiasa mendambakan ilmu untuk dijadikan perisai dunia dan akhirat. aku masih dan sedang mengutip ilmu, samada berguru dan  melalui pembacaan saja yang mampu aku kongsikan sebagai panduan bersama. aku mahu perjalanan ini di raih bersama. perkara yang ingin aku kongsikan adalah Doa yang sering Rasullah ungkapkan adalah.

1) Daripada Anas menyatakan bahawa Nabi bersabda, " Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan d akhirat, dan lindungilah kami daripada api neraka" ( HR sahih al-bukhari dan muslim)

2) Sayidatina Aisyah berkata, beliau pernah mendengar Nabi berdoa iaitu, " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada mu daripada kejahatan perbuatan yang pernah aku lakukan dan aku berlindung kepada mu daripada kejahatan perbuatan yang belum pernah aku lakukan". ( hr sahih muslim).

3) Abu hurairah meriwatkan bahawa Nabi bersabda, " berlindunglah kalian kepada Allah daripada kerasnya musibah, turunnye kesengsaraan yang berterusan, buruk qadak dan kesenangan musuh( dengan musibah yang menimpa kalian)" (hr burkhari dan muslim)

4) Anas berkata, Rasullah bersabda, " Ya Allah, aku berlindung kepadamu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kebakhilan fan aku berlindung kepadamu daripada zab kubur dan aku berlindung kepadamu daripada fitnah kehidupan dan kematian." ( hr sahih al bukhari dan muslim)

sumber: MAJALAH IMAN BIL 32.

5 comments:

  1. Subhanallah... selawat & salam keatas junjungan besar Rasulullah saw...

    ReplyDelete
  2. follow balik blog dan google+cik anggurdan like facebook blog cik anggur di http://inibelogcikanggur.blogspot.com terima kasih

    ReplyDelete
  3. thanks ingat mengingati..:)..
    ***singgah sini sekejap

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya