1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, December 20, 2014

GURU ITU PELITA HATI

assalamualaikum...

Bismilahirahmanirahim..alhamdulilah, segala puji bagi Allah swt dan selawat serta salam buat Rasullah saw. pastinya hidayah dan rahmat itu datangnya dari Allah, semoga kita semua dalam golongan yang dirahmati. tidak lupa doa buat mak dan ayah. amin.

Cikgu / Teacher / puan, tuan, prof (untuk ipt) gelaran yang sangat banyak berbakti kepada aku, ilmu mereka tertumpah dengan ikhlas walaupun ada garang dan cerwetnya/.

Kisah guru dan pelajar tak pernah habis untuk di sembangkan. pelbagai cerita manis dan sendu bila bergelar seorang pelajar. kerana kisah itulah kita semua berjaya menggenggam impian sekarang, hanya kerana cikgu.

Usahlah kita sering mempertikaikan ilmu yang dicurahkan kerana sudah tentu lah mereka ini insan yang di amanahkan untuk menjalankan tugas mendidik mereka yang memerlukan. teringat sebuah pepatah cina " guru membuka pintu, anda yang harus masuk sendiri ".

Kata mak, orang ketiga yang kamu wajib hormat adalah GURU. pesan yang selalu menerjah kotak fikiran ku. aku juga pernah menjadi pelajar nakal tetapi untuk mempertikaikan kewibawaan seorang guru itu tidak sesekali.

Tapi sekarang, dengan ada segala macam gadget dan network sosial, segala ketidakpuasan pada seorang guru di tebar meluas. Keberanian anda tidak pada tempatnya.

Disini aku kongsikan satu artikel tentang nilai seorang GURU yang aku petik dari utusan malaysia. renungkan bersama 



PENULIS bekas pendidik berkelulusan Ijazah Kedoktoran Persuratan Melayu, UKM.

ISLAM sangat memandang tinggi kedudukan guru sebagai penyampai ilmu dan pembentuk modal insan yang seimbang. Guru yang baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Belajar di sini bermaksud memahami apa juga kehendak dan kemahuan murid.


Nabi Muhammad SAW berpesan: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (pada hari kiamat) daripada akhlak yang baik. (riwayat Abu Daud).

Kerjaya sebagai guru adalah sangat mulia iaitu membentuk modal insan dan kerjayanya sebagai ibadah. Al-Ghazali berpendapat bahawa proses pendidikan oleh guru digunakan untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Menurut Mohammad Qatb, guru memainkan peranan penting dalam proses pendidikan untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan adalah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.


Didik bersyariat

Imam As-Syafie memberi wasiat: “Tuntutlah ilmu dan ajarkan ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membantumu cemerlang di dunia dan di akhirat, di samping ia menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh."

Dalam hal mendidik anak, Imam Muslim pernah berwasiat: “Anak adalah amanah supaya kita menjaga dan mendidiknya sesuai dengan syariat. Kesalahan mendidik anak boleh menyebabkan seseorang itu masuk neraka. Oleh itu, didiklah anak dengan cara Islam."

Dr. Mohd. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan, guru dan ibu bapa berperanan mendidik anak murid dan anak-anak dengan baik sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam.



ARKIB : 15/05/2014
Mulianya martabat guru
Oleh DR. AMINUDIN MANSOR




5 comments:

  1. Betull tu Ija..hormati mereka yang tak jemu berkongsi ilmu dengan kita..Mendidik kita menjadi orang yang berjaya..

    ReplyDelete
  2. Sentiasa menghormati guru, in shaa Allah kehidupan kita juga akan sentiasa diberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  3. Betapa tinggi nya jasa seorang guru itu..
    Terkenang pulak masa belajar masa sekolah dulu..

    ReplyDelete
  4. Tanpa guru siapalah kita hari ini. Jom sama-samafollow blog saya yang newbie ini http://mummyfiras.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Ilmu dari seorang guru itu kekal hingga akhirat. Besar tingkatnya seorang guru. Moga dalam doa kita terselit juga doa buat guru2., insyaAllah.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya