1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Sunday, December 7, 2014

KAMI KEMBALI BERSAMA SETELAH ENAM BULAN BERPISAH





u are my soulmate
u are my heart
u are my enemy
u are my beloved
u are my gud friend
u are my princess
u are my nyawa
u are everything for mummy & walid

sayangku zara
enam bulan mummy tinggalkan zara di kampung bersama nenek dan atuk. enam bulan rumah kita sunyi tanpa gelak  TAWA dan tangisan kamu. setiap hari mummy dengar cerita kamu daripada nenek. kata nenek, kamu semakin bijak mengatur itu dan ini. kata nenek lagi, zara dah pandai baca muqaddam..alhamdulilah. Moga Al-quran sentiasa menjadi pendamping kamu.

sayangku.mummy dan walid mengira detik untuk kamu pulang sayang. lagi lagi walid..walid ego, dia pendam kesakitan kerana terlalu rindukan kamu sayang. 

sayangku zara..TERIMA KASIH ATAS PENGORBANAN MU SAYANG. kamu memang anak kecil tapi jiwa kamu besar. mummy bangga dengan zara kerana sentiasa mengiyakan janji mummy, walaupun raut wajahmu sedih tiap kali mummy terbang ke kota tanpa kamu, namun kamu masih melemparkan senyum dalam paksa...i know u my dear and i'm so sorry sayang. sebelum pergi mummy akan peluk dan bisik pada zara " ini semua sementara sayang, zara ingat pesan mummy kan" itulah ayat yang selalu aku bisikan pada dia. Allah yang tahu betapa hati aku meraung dan meronta. aku juga perlu sabar dan kuat, kata mak dan ayah.

Masa yang mummy janji tiba jua akhirnya..Mummy akan kembali untuk bawa kamu terbang bersama kami.

sayang...airmata mummy laju bilamana nenek dengan erat memeluk kamu sayang. enam bulan, kamu teman nenek, kamu hiburkan mereka, sampai saatnya kamu harus kembali ke kota. mummy rasa diri mummy kejam waktu itu kerana memisahkan kamu dan nenek. Tapi apakan daya, kamu perlu kembali pada kami. 

Zara...ingatlah sayang..guru yang terbaik adalah nenek dan tokki, kerana dari mereka kamu belajar banyak perkara.


Sayangku zara..Jangan sesekali lupa jasa dan budi nenek dan tokki. sayang dan cintalah mereka hingga hujung nyawamu sayang.


catitan mummy terhenti di sini. ada yang tersirat perlu mummy bicarakan bila zara menginjak usia. 
#pengorbanan kita melukiskan sejarah#

6 disember 2014- lapangan terbang sultan mahmud.TGG

4 comments:

  1. Assalamualaikum Ijah. dah lama tak jalan sini. semuga sihat dan bahagia bersama keluarga dan terutamanya Zaara.......

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan.Sy br jumpa & baca blog ni.Sy br nk bljr menulis. Jemput ke blog sy http://ibudansicomel.blogspot.com Ada entry br tentang cara2 menguruskan anak2 sewaktu & sblm bercuti.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... saat yg menyeronokkan.. menggembirakan... :) :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..semoga happy selalu ya...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya