1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, December 5, 2014

KAWAL PERASAAN GEMURUH


Assalamualaikum..Bismillahirahmanirahim..Alhamdulilah segala puji pada yang KHALIQ selawat dan salam buat Rasullah saw yang dicintai. Semoga kita semua senantiasa mendapat hidayah Allah dan Syafaat Rasullah saw. amin.

Moga petang jumaat ini membawa sinar cahaya di hati kita. Alfatihah untuk semua umat islam yang telah jauh pergi meninggalkan kita, moga perjalanan mereka di payungi rahmat ilahi.

Perasaan gemuruh /nervous/gelabah sentiasa singgah pada diri aku setiap kali nak buat presentation. walaupun setiap hari aku mengajar di hadapan student2 tapi bila tahap untuk presentation di hadapan khalayak atau depan prof aku, tahap gemuruh tu boleh buat sakit perut jadinya. ia juga dinamakan stage fright. masa tu juge keluarlah peluh jantan dan sebagainya, itu belum prof aku bukak mulut tanyakan soalan lagi. alahai...

Hari ni aku nak berkongsi tip dan amalan untuk mengawal perasaan gemuruh, melalui pembacaan aku juga.

1) berwuduk dan perbanyakkan berselawat ke atas Nabi saw serta beristighfar sebelum melangkah keluar rumah dan ketika berada dalam majlis. ini akan membantu untuk kita meningkatkan keyakinan diri.

2) minta restu dan keizinan daripada ibubapa atau suami sebelum menghadiri majlis. mudah mudahan berkat doa mereka, segala urusan akan di permudahkan oleh Allah swt.

3) mulakan dengan membaca Bismillah dan doa sebelum keluar rumah dan sebelum melangkah masuk ke ruang yang memerlukan anda berhadapan dengan khalayak.

4) amalkan doa yang pernah diucapkan oleh Nabi musa as, dalam surah taaha- ayat 25-28 bermaksud, " nabi musa berdoa dan berkata, ' wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskan simpulan dari lidahku supaya mereka faham perkataanku'.

5) lakukan persediaan awal..misalnya membuat penyelidikan terhadap apa yang perlu dilakukan. mengulangkaji nota yang diberikan oleh guru atau sebagainya.

6) berpenampilan mengikut kesesuain majlis. yang penting kita selesa dengan apa yang kita pakai.

7) usah terlalu risau, fokus pada apa yang akan dilakukan atau diperkatakan dan hindari perasaan negatif yang cuba menghantui diri anda.

8) tarik nafas panjang, tahan dan lepaskan secara perlahan. lakukan berulangkali sehingga anda berasa tenang dan lapang.

9) sesuaikan dengan keadaan pada masa itu dan berusaha melawan perasan takut atau gemuruh. jangan berada dalam keadaan statik kerana ia membuatkan anda bertambah gementar. buatlah sedikit pergerakan.

10) berusaha menyakinkan diri dengan menyemat kata-kata positif atau kata kata daripada seseorang yang anda hormati atau sayangi.

#moga dipermudahkan oleh Allah segala urusan#

5 comments:

  1. tips berguna bagi mereka yg memerlukan ...

    ReplyDelete
  2. Thanks kongsi tips yang amat berguna nie.. :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/12/jordan-part-4-river-trekking-wadi-al.html

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..terima kasih atas perkongsian ni..boleh digunakan nanti..

    ReplyDelete
  4. Thanks Ija..tips yang bermanafaat..memang selalu juga, especially kalau nak present paper..he..he

    ReplyDelete
  5. Tips yg bermanfaat utk dijadikan rujukan.. moga2 membantu menghilangkan gemuruh dan stress, in shaa Allah... thanks sharing Ija..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya