1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, December 4, 2014

RAUDHAH RAMLEE AWANG MURSHID


assalamualaikum
Bismillahirahmanirahim...Alhamdulilah segala puji AL-KHALIQ, Selawat serta salam buat Rasullah saw. Semoga kita semua mendapat hidayah dan rahmat Allah juga syafaat Rasul yang dicintai.

ungkapan pertama selepas membaca novel Raudhah tulisan penulis yang sangat prolifik adalah Subhanallah. betapa hebatnya beliau dalam melakar sebuah perjalanan seorang manusia yang penuh dengan noda dan dosa sehingga menjadi Awabbin "pencari tuhan @ insan yang bertaubat" .

Dalam saat aku meneroka novel yang hebat ini, jauh di sudut hati, aku rindukan makkah, madinah dan juga raudhah. terbentang di pandangan mata, saat menjejaki bumi makkah dan madinah bersama mak dan ayah, terimbas kembali keindahan makkah, keindahan kaabah yang buatkan aku terpana hingga rembesan air membasahi pipi. keindahan yang tiada tandingannya. Moga impian untuk ke sana lagi, direstui Allah swt. amin.

Interpretasi aku pada Raudhah ialah, sebesar mana pun dosa yang manusia lakukan di muka bumi allah ini pasti akan di ampunkan oleh Allah swt. kecuali pada yang syirik.

sepanjang pembacaanku dalam menyelami raudhah, beliau sering menitipkan keberkesanan taubat si pendosa, kerana dengan bertaubat seluruh jiwa akan mendapat seribu ketenangan. sesungguhnya KHALIQ itu sangat mengasihani dan pemurah. Tiada kuasa yang mampu menandingi KuasaNYA.

Terima kasih Ramlee Awang Murshid kerana tidak pernah menghampakan pembaca.

SINOPSIS 

JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih.

Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati! Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup.

Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’

Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

6 comments:

  1. Kita tak suka baca novel tapi penulis ni selalu dengar nama dia..

    ReplyDelete
  2. Penulis yg saya pun minat.. Thanks sharing Ija.. :)

    ReplyDelete
  3. Jika review di sini adalah dakwah, maka saya amat tertarik dengan review novel ini,kerana dakwahnya
    manis dan lunak sekali. Ia tidak menghukum tapi menerangkan jalan. Harus dicari novel ini dibook shop.
    Terima kasih ya Ija :-)

    ReplyDelete
  4. mcm hebat jer novel ni bila baca sinopsisnya ... allah sentiasa menerima taubat hamba2nya ...

    ReplyDelete
  5. melalui sinopsisnya dah tahu memang best novel ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya