1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, December 19, 2014

SOLAT SEORANG SALAF

assalamualaikum

Bismilahirahmanirahim..Alhamdulilah segala puji bagi AL-KHALIQ, Selawat serta salam buat junjungan besar Rasullah saw. semoga hari jumaat ini membawa keberkatan pada kita semua. tidak lupa doa buat mak dan ayah kita semua. amin.

Solat itu adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan di tanya apabila kita meninggalkan dunia sementara ini. Moga kita dan keturunan antara orang yang tetap mendirikan solat. amin.

kisah dari bacaan, aku kongsikan disini, moga jadi panduan untuk aku dan kamu.

kisah seorang salaf yang bernama Hatim al-asom apabila ditanya tentang persediaannya untuk solat, tidak kira solat fardu atau solat sunat, katanya:

"apabila telah tiba waktu solat, aku akan berwuduk dengan sempurna, lalu aku pergi ke tempat aku akan solat. aku duduk dengan tenang sehingga semua pancaindera aku bersedia menghayati solat, kemudian aku bangun untuk memulakan solat.

Aku membayangkan seolah olah Allah berada didepanku, titian sirat dibawah kakiku, syurga disebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut dibelakangku, aku menggangap ini adalah solat terakhirku. Lalu aku mengangkat tanganku memulakan solat dengan hati penuh rasa takut dan harapan.

aku bertakbir dengan penuh penghayatan, membaca ayat-ayat al-quran dengan perlahan dan jelas. aku rukuk dengan sempurna dengan rendah hati, aku sujud yang sempurna penuh khusyuk. Aku lakukan semuanya penuh ikhlas semata mata kerana Allah. kemudia hatiku masih merasakan adakah solatku ini diterima atau tidak?"

Begitulah sikap Hatim dalam menunaikan seruan ALLAH. aku petik kata kata dalam setiap novel Ramlee Awang Mursyid "hidupku, ibadatku dan matiku kerana Allah".

sumber: Majalah Iman bil 32.

3 comments:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi jumaat

    ReplyDelete
  2. Subhanallah... t kasih atas perkongsian ini. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  3. Peringatan untuk IM. Thanks kak. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya