1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, February 14, 2015

5 Makanan Tingkatkan Kualiti Sperma

alhamdulilah segala puji bagi Allah swt yang mentadbir seisi alam. Selawat serta salam buat Rasullah saw. semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah swt dan mendapat syafaat Rasullah saw.
 saya jumpa ini. mintak share jiwarosak.com/ tips yang sangat berguna untuk diparktikan. semoga usaha dan tawakal kita direstui Allah swt hendaknya.

1. Pisang – buah pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzim anti radang semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron (hormon seks lelaki). Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

2. Coklat gelap – Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L-arginine, sejenis asid amino asid yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.

3. Bawang Putih – Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.

4. Buah Delima – Buah delima mengandungi bahan antioksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.

5. Daging – daging mengandungi zat besi yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma yang akan mengurangkan kualitinya. Ia juga membantu testosteron bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.

sumber : Mingguan Wanita 12-18 Sept 2014

2 comments:

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya