1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, February 10, 2015

AYAH..


Bismillahirahmirahim
assalamualaikum..alhamdulilah segala puji untuk yang maha khaliq, selawat serta salam buat junjungan Rasullah saw. semoga kita sentiasa dalam lindungan rahmat allah dan syafaat Rasullah saw.

Bila cakap tentang insan bernama ayah, pastinya hati luluh kerana jasa, tanggungjawab dan keprihatinannya pada keluarga. Ayah tidak akan cakap TIDAK bila anak kepingin sesuatu, walaupun poket ayah nipis, namun untuk mengecewakan anak tidak sesekali.

teringat masa aku belajar di UM, beberapa tahun lalu. ayah hadiahkan aku sebuah kereta kancil, sebabnya aku selalu merungut penatnya jalan kaki nak ke kampus. alahai..tersentuh hati, betapa besarnya kasihmu ayah. 

ayah
keringatmu mengalir deras
demi mencari rezeki buat kami
bawah terik mentari
bawah hujan mencurah
ayah tekun bekerja

ayah
pengorbanan dan jasamu
ku balas dengan segulung kertas
bila lihat kau tersenyum
hatiku rawan dan desis hati ini
aku amat menyintaimu ayah.


5 comments:

  1. Jasa ayah memang tidak terbalas. Salam selasa Ija.

    ReplyDelete
  2. lama rasanya tak panggil papa..hmmm...it's been 7 years now...alfatihah

    ReplyDelete
  3. Jasa seorang dikenang sampai mati...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya