1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Tuesday, February 24, 2015

DALAM KESIBUKKAN IA TETAP INDAH



assalamualaikum
alhamdulilah segala puji bagi allah swt dan serlawat serta salam buat Rasullah saw. moga kita semua dalam rahmat allah dan syafaat nabi. amin.

Tugas mummy,ibu, umi, mama, mak,cik atau apa saja panggilan untuk insan mulia ini tak pernah ada hujungnya kan. bagi yang bekerja, pagi menguruskan hal-hal di pejabat, petang sampai ke malam menguruskan rumahtangga. bagi yang suri rumah, kerjanya tak berhenti, dari pagi sampailah ke malam, tamatnya bila mata lelap. aku memang tabik spring pada mereka.
Bila dah bersuami, ada anak, barulah aku rasa dan tahu, bagaimana mak dulu memikul semua ini untuk membesarkan kami semua. baru aku rasa kejilnya biji mata ni nak bangun seawal pagi siapkan sarapan, liatnya nak lepaskan selimut awal pagi nak siapkan anak..alahai...baru aku rasa semua tu mak. baru aku hargai detik detik kesibukan itu sebenarnya indah.

kenapa indah? jawapan ada pada diri masing masing. pelbagai cara untuk lahirkan indah dalam kesibukkan, kerana kita sendiri yang bina keindahan tu.

untuk semua mommy yang gojes dan mulia, selamat melahirkan keindahan dalam kesibukkan anda. I LOVE U MAK.

6 comments:

  1. sebab tu darjah seorg ibu itu lbh ggi drpd seorang bapa...

    ReplyDelete
  2. Kasih ibu membawa ke syurga.. pengorbanan ibu hanya seorang ibu je yg memahami perasaannya kan..

    ReplyDelete
  3. kesibukan yang sangat membahagiakan :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya