1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Wednesday, February 18, 2015

I AM DYSLEXIA PART II

Image result for bismillah

Assalamualaikum..alhamdulilah segala puji bagi Allah swt. Selawat serta salam buat Rasullah saw. semoga kita sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah swt dan mendapat syafaat Rasullah saw.

Menerima ini sebagai ujian dan sesuatu yang baru dalam hidup aku dan suami. banyak perkara yang perlu kami belajar untuk puteri kami.

Sesuatu yang menarik kerana ia adalah cabaran baru buat kami. pelbagai saranan, nasihat dan juga tips yang di sediakan oleh pakar untuk kami aplikasikan pada zara.

antara langkah pertama yang kami cuba apply pada zara ialah aktiviti fizikal iaitu berbasikal / skuter. aktiviti luar atau aktiviti padang ini boleh mengaktifkan sistem perkembangan otot. Bukan masalah tumbesaran tetapi masalah untuk mengimbangi badan sendiri.

Pada awalnya  zara tidak mampu untuk mengayuh basikal walaupun roda di belakang ada tiga. keupayaan zara hanya mampu mengayuh ke belakang sahaja. tetapi waktu aku tinggalkan zara selama 6 bulan di kampung, mak bagitau zara dah boleh kayuh basikal, alhamdulilah..syukur padamu Ya Allah.

Satu perkembangan yang cukup baik. aktiviti ini perlu dan sentiasa di teruskan supaya zara tahu apa itu dan bagaimana untuk mengimbangkan diri dia sendiri.

hampir setiap hari dia akan jatuh, setiap hari ok. selain dari jatuh, zara sering mengalami masalah untuk membawa objek dengan baik, pada permulaannya tampak tapi akhirnya objek itu akan jatuh. kata pakar itu adalah masalah keseimbangan yang sentiasa dialami oleh dyslexia.



tujuan skuter ini untuk zara supaya dia dapat kenal dan tahu apa itu seimbang. selain daripada tu jugak, menjadikan dia seorang yang berani. ada juga my kawan yang argue, tak terlalu awal ke u practice semua ni untuk zara? 
aku jawab, "nope, latihan dari awal itu yang menjadikan dia seorang yang confindence dan latihan untuk zara sedar tentang kesimbangan fizikal dia walaupun sekarang she dont know pun, what is dyslexia. 


dia nampak normal kan? pembesaran dia tak terbantut pun. fahaman dia baik cuma ada beberapa perkara yang kelihatan dia tak sama dengan kanak kanak lain. 

Insyallah dengan aktiviti yang sedang kami terapkan pada zara, akan membuahkan hasil, samada cepat atau lambat, aku terima dengan tenang. apa yang penting, usaha+istiqamah dan tawakal pada Allah swt.

to be continued

15 comments:

  1. Sabar ye . Apa yg brlaku.. ktntuan allah

    ReplyDelete
  2. yg lbh ptg , jgn putus asa . pasti ada hasil dlm setiap usaha ...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak :) jln2 blogwalking. jumpe blog akak. sedeh rasanya. akak sabar dan tabah ye. insyaAllah ganjaran untuk akak dan suami teretang luas disana. aminn :)

    ReplyDelete
  4. Moga Ija sekeluarga tabah menerima ketentuan dari Allah.
    Yang penting jangan putus asa merawat Zara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah lyn..moga diri sentiasa kuat

      Delete
  5. kalu dilihat oleh mata kasar mmg x nmpk zara ni sakit..apa2 pun dia tetap anak yg istimewa kan?

    ReplyDelete
  6. Tak mengapa Ija.. tiada manusia yg dijadikan sempurna. Setiap kita ada kelainan cuma jelas dgn tak je. Semoga tabah.. saya ada juga kawan yg menghadapi masalah lain spt autisme dan hiper aktif. Anak saya pun ada seorang yg suspek autisme tp alhamdulillah tak berapa teruk... lagi penat tengok yg menjaga anak2 jenis hiper aktif. Fuhh.. penat... Apa pun, teruskan usaha yg sebaiknya.. pasti akan ada kebaikannya di dunia dan akhirat... aamiin.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya