1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, February 26, 2015

I AM DYSLEXIA PART III



Image result for bismillah

assalamualaikum
alhamdulilah segala puhji bagi allah swt yang mentadbir bumi nan indah. Selawat serta salam buat rasullah saw. semoga kita semua dalam rahmat allah swt hendaknya.

zara..mummy tak pernah jemu kalau bercerita atau ingat pasal awak sayang. rasanya, every second mummy nak cakap pasal awak dalam diari awak ataupun dengan my bff atau dalam blog. bagi mummy setiap moment awak adalah satu pelajaran untuk mummy. Takdir untuk mummy mengenali keistimewaan dyslexia, kalau tak selama ni mummy just dengar dan lihat saja. sekarang mummy rasa, mummy face simptom ini dengan awak, zara. alhamdulilah.

beberapa hari lepas, cikgu zara ada whats app gambar zara kat sekolah. alahai anak, sampai tertido masa solat. letih sungguh tu. 


biasanya kalau zara solat, hanya satu rakaat, kadang kadang tak sampai pun rakaat, dia hilang arah fokus dia. tetapi, mummy tak boleh give up, sekali zara hilang fokus, sedayanya mummy tarik perhatian zara, tak kira lah kalau mummy terpaksa umpan zara dengan material atau janji nak bawak jenjalan, i have too, sebabnya adalah solat boleh mengajar kita supaya fokus dan tawaduk. 

bosan? zara bosan? opkos dia bosan, tapi mummy tak bosan, even do zara hanya lakukan satu rakaat, itu sudah memadai untuk mummy.

ok. habis cerita pasal zara solat dhuha zara kat sekolah. cerita pasal satu games yang baru dia belajar kt sekolah. karom? pernah dengar? pernah main?? masa aku kecik dulu, karom ni salah satu feberet aku jugak, walaupun tak pakar sangat tapi tiap tiap petang memang karom ni lah yang aku hadap. hahahaha..sekarang ni, dah jadi kesukaan zara pulak, tak pasal pasal, walid mencari karom kat tesco. demi anak kan.

sebenarnya, permainan karom ni salah satu latihan jari / tangan untuk zara juga, kerana apabila jari / tangan zara aktif bergerak, ini bermakna minda dia akan turut sama terangsang. bukan aku cakap, yang pakar lah yang bagitau, aku hanya menjalankan tugas aku sahaja. moga moga ini berhasil, tak banyak pun tak pa, janji ada usaha kan. aku tak mintak perubahan yang drastik pun pada zara. ZARA ni pulak, dia macam tahu yang mummy dia ni sibuk dengan simptom dia, contohnya, lately ni dia rajin buat homework lepas dinner, walhal baru 5 tahun, ala bukan homework berat pun, just tulis nombor, huruf, mewarna. dia seakan tahu yang dia ni istimewa dari kawan kawan dia yang lain.

dia selalu cakap " zara tak pandai mummy, zara tak pandai", waktu tu aku rasa nak nangis sangat tapi aku kena jugak kawal perasaan aku, takkan nak cengeng depan anak. aku akan peluk dia, cium dia, then aku cakap kat dia  yang dia budak pandai dan allah sayang kat dia.
alahai anak.....

to be continue


5 comments:

  1. Salam singgah...

    ala...teringat plak kt anak sedara di Malaysia, dh lama x jumpa. Panggilan Zara jugak...hihiks. Xpe2..fighting!!! Moga jadi insan tabah...kena selalu bg semangat supaya dia yakin diri...

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.....

    Bersabarlah dan percayalah, anak yang istimewa ini datangnya bersama dengan seribu rahmat dan kebaikan yang kita tidak ketahui.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    besar pahalanya kita sebagai parents bersabar menjga anak istimewa ini...tak ramai orang yang Tuhan pilih untuk itu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya