1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, March 14, 2015

I AM DYSLEXIA PART 4


Bismilahirahmanirahim
assalamualikum..
alhamdulilah..selamat menikmati hujung minggu yang damai di samping keluarga tercinta. syukur pada allah swt kerana dikurniakan kesihatan yang baik. alhamdulilah.

masih tak jemu untuk menulis dan berkongsi tentang anak ini. setiap hari pasti ada kisah yang menarik, kelakar dan geram. 

satu malam zara keluarkan buku dari bag sekolah,
zara :" mummy, teacher suruh siapkan homework."
mummy :" wah ada homework! baru 5 tahun, dah ada homework dah, desis hati aku aje lah" 
zara: mummy ajar zara ok, zara tak pandai nak tulis huruf M besar dan m kecil.

aku selak dan selak homework zara, simple aje, cuma perlu tulis capital letter dan small letter tanpa ada dot dot untuk sambugkan huruf. 

alhamdulilah, semua huruf zara berjaya laksanakan, sampai huruf M besar ok, tapi bila huruf m small letter dia tak dapat buat. dah jadi macam macam rupa lah. aku pegang tangan dia dengan harapan lepas tu, dia boleh tulis sendiri tanpa bantuan aku. tapi tak berjaya jugak.

aku tak mau paksa dia, lagipun dia nampak penat, aku takut aku yang hilang sabar nanti. aku juga manusia biasa, yang serba serbi lemah. zara nampak sedih sebab dia takdapat nak show something pada aku.

kesayangan mummy
jangan pernah ada rasa putus asa sayang, bisik aku pada dia waktu dia mulai lena. wahai allah..kasihanilah anak kecil ini, ampunkan aku. 

Dua hari kemudian, waktu mummy pick up zara kat school, zara bagitau mummy zara dah boleh tulis huruf m kecik, sampai aje kat rumah terus zara tulis untuk mummy. betapa gigihnya kamu berusaha sayang. mummy bangga dengan semangat zara. akan mummy simpan semua hasil kerja mu nak agar jadi memoir bila kamu dewasa kelak.

anak ini pantang tengok buku.sayang kamu ketat ketat.






8 comments:

  1. Moga setiap ilmu yang dituntut memberi manfaat pada zara dan insan disekelilingnya..insyaAllah..ameen..

    ReplyDelete
  2. Moga segalanya dipermudahkan untuk Zara. Selamat berhujung minggu pada Ija sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya zara..gigih betul dia belajar :) :)

    ReplyDelete
  4. singgah sini.. alhamdulillah zara dh boleh mengeja :)


    jgn lupa semak no peserta Mini GA by Nina+Anies ye :) pemenang sudah diumumkan

    ReplyDelete
  5. Comel Zara.. khusyuknya dia baca buku.. :) :)

    ReplyDelete
  6. comel zara..
    bijak zara ni..
    semoga zara membesar jd anak yang bijak pandai n solehah..

    ReplyDelete
  7. wahhh da pandai mengeja thumbs up zara!!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya