1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, April 16, 2015

KENAPA PERLU GUNAKAN TANGAN UNTUK MENULIS?

Bismilahirahmanirahim
assalamualaikum, alhamdulilah..segala puji bagai Allah swt dan Selawat buat Rasullah saw. semoga kita sentiasa dalam limpahan rahmatNYA.

Hari ni hem nak sembang pasal, menulis. ada tak yang dah lama tak menulis, sebab sekarang ni  dah banyak kemudahan yang canggih manggih kan. so menulis tu bukan lagi satu keperluan?? tanya sama hati ok..rahsia rahsia aje, tak yah bagitau orang pun. hihihi.

hem? opkos kena menulis selalu, sebab hem ni tenaga pengajar yang kurang dalam penggunaan ICT ni, ada kelas yang memerlukan projektor, hem akan guna, tetapi menulis dengan tangan itu satu kewajipan, sb apabila keadaan memerlukan hem untuk memberi penerangan dengan jelas, kerana ada sesetengah pelajar boleh faham dengan baik apabila melihat visual atau bentuk tulisan yang menggunakan tangan.

kenapa ye? hem baru dapat satu ilmu daripada seorang doctor/ terapi dyslexia. menulis menggunakan tangan, adalah satu terapi untuk anak dyslexia kerana apabila tangan bergerak, secara langsungnya, otaknya akan berkembang dan begitu juga dengan sistem sarafnya.

pendapat hem, bukan sahaja penting untuk anak yang mengalami simptom dyslexia tetapi untuk pelajar-pelajar dan untuk mereka yang bekerja dan menyambung pelajaran kerana apabila kita menulis menggunakan tangan, kita akan cepat ingat apa yang kita tulis berbanding dengan menggunakan computer/ laptop. betul?? atau mungkin hem salah..

berdasarkan pengalaman sebagai seorang pelajar, dan sekarang pun hem masih belajar dan mengajar, apa yang hem dapat ialah, satunya, apabila hem masuk dewan peperiksaan ( master pun ada exam tau..hhih) hem akan gelabah jugak la kan tengok soalan, tapi satunya yang hem dapat ialah, hem dapat menjawab soalan based on yang hem tulis dalam bilik kuliah dan nota yang hem buat. mungkin hem dan anda berbeza. jom sharing.

tengok pic kat bawah, rata rata pelajar sekarang gunakan laptop dalam kelas, untuk salin nota, betul? opkos betul, sebab pelajar hem pun gunakan laptop untuk salin nota, hem actually tak berapa suka, sebab hem tak suka adalah  mereka kurang fokus apabila laptop ada kat depan mereka, sebab belum tentu mereka salin nota, mungkin mereka syok layan youtube, layan fb tanpa pengetahuan kita pun.

hem bukan nak bersangka buruk tapi itulah kenyataannya. sometime kita perlukan style/gaya lama kerana cara inilah yang lebih banyak mendewasakan pemikiran kita. itu pendapat hem la. mngkin pendapat kita berbeza. jom share.



6 comments:

  1. sebab tu Allah ciptakan tangan kn... Sblum ada teknologi ni..

    ReplyDelete
  2. owh.. untuk perkembangan otak rupanya.. baru tau ni

    ReplyDelete
  3. tulisan tangan saya kurang cantik..sekarang main taip-taip sahaja..

    ReplyDelete
  4. Smua brmula Dari tangan juga kan,

    ReplyDelete
  5. Tangan Allah kurniakan utk kita syukuri dgn memanfaatkannya.. Subhanallah...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya