1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, April 23, 2015

SIAPA NAK KURUS??

bismillahirahmanirahim
assalamualaikum..alhamdulilah..segala puji bagi Allah swt, selawat serta Rasullah saw. moga kita semua dalam limpahan rahmat allah hendaknya.

siapa nak kurus dan sihat?? semua angkat tangan kan? ni dia tips yang hem nak share, tak perlu ubatan yang beratus ringgit pun..hanya perlu belikan tupperware yang mahal je untuk letak air kosong supaya kita teruja nak minum..hihihi..sekali pelaburan je kan, daripada nak mantain makan ubat kurus yang regenya beratus tu. maaf yer, kalau hem tulis ramai yang tak gemor. ok jom layan tips yang hem dapat dari facebook.



1. Jadikan Air Kosong Sebagai Minuman Utama

Bab ini memang selalu sangat orang pesan. Nampak mudah tapi bila keluar makan di luar sahaja, mulalah mahu order pelbagai air manis. Kuatkan mental anda untuk menolak minum air manis.

2. Bawa Botol Air & Tandakan Waktu Anda Perlu Minum

Ini adalah tips bagi siapa yang payah sangat mahu minum air kosong. Mahu gunakan botol mineral biasa pun boleh. Caranya, tandakan setiap 1 atau 2 jam anda perlu habiskan banyak mana. Bila sudah lama buat, tidak mustahil anda akan top up semula air sebab cepat sangat habis.

3. Sebelum Makan Nasi & Lauk Sedap-Sedap, Minum Dulu Air Kosong

Ini memang perkara mudah dan kami sendiri pun sudah selalu lakukan. Paling best, bila sudah selalu buat, sudah boleh jangka banyak mana kita akan makan. Sekurang-kurangnya satu gelas sebelum makan.

Kiraannya mudah – bila kita minum air kosong, selera makan sebenarnya akan turut berkurang dan perkara ini akan membantu kita untuk menurunkan berat badan serta mengawal pengambilan makanan yang tidak melampau. Cubalah jika anda tidak percaya.

4. Biasakan Minum Air Kosong Sebaik Sahaja Bangun Tidur

Ini memang penting, selain dapat mengurangkan dapat risiko penyakit lain, minum air kosong sebaik bangun pagi merupakan salah satu cara yang dapat serta membantu anda untuk kurang makan ketika sarapan. Terlebih sarapan nanti, lentok pula ketika sedang buat kerja.

Mahu senang lagi, sediakan terus air botol di tepi katil. Lepas bangun, terus minum dan rasakan sendiri kesegaran kepada badan anda. Tidak sangka bukan, perkara mudah sebegini mampu memberi kesan sepanjang hari.


5. Minum LAPAN Gelas Sehari Itu Semua Penipu!

Siapa kata anda perlu minum 8 gelas sehari sudah cukup? Itu semua penipu sebab anda kena minum lebih daripada jumlah tersebut apatah lagi jika berat badan anda sudah terlebih-lebih. Maka kuantiti air yang perlu diminum juga adalah meningkat.

Tips mahu minum air banyak – mulakan dengan kuantiti kecil dulu. Mulakan dengan botol air kecil dahulu. Bila air masak yang anda minum cepat habis, ia akan memotivasi anda untuk minum dengan lebih banyak lagi. Maka lagi bersemangatlah anda untuk kurus

6. Minum Dengan Gunakan Straw

Sedar atau tidak sedar, jika kita sedang menonton wayang, mudah benar air habis. Begitu jugalah dengan air masak. Bila ada straw maka perasan atau tidak, ia membantu kita untuk menghabiskan air masak.

Malah, Ziana Zain pun amalkan minum air secara seteguk-seteguk sahaja. Jika tidak percaya, jika terjumpa Ziana Zain nanti, boleh minta petua daripada dia.

7. Disiplinkan Diri, Minum Segelas Air Selepas Solat

Mahu senang lagi, setiap kali selepas solat 5 waktu (bagi yang beragama Islam), sediakan terus air untuk diminum. Jika bab ini pun anda malas untuk lakukan, maka sila padamkan niat anda untuk kurus. Banyak sangat alasan, sila obesiti seorang diri.

Apa-apa pun, semua tips yang kami kongsikan ini tidak akan berhasil jika anda tidak konsisten dan sekadar semangat di awal-awal perkara ini dilakukan.

BONUS: Letakkan target anda untuk lihat perubahan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu & jangan target melampau, nanti anda hampa, terus berhenti minum

Anda ada 1000 alasan untuk tidak menjaga badan dan terus selesa dengan keadaan sekarang tapi sanggupkah anda menelan 1000 pil di usia tua semata-mata kesilapan anda sendiri yang tidak menjaga kesihatan di usia muda? Sudahlah anda tua dan obesiti, menyusahkan orang lain pula kena hurung anda ke sini sana.

SELAMAT MENCUBA

sumber ini hem dapat daripada facebook.

6 comments:

  1. kalau no.4 tu rajin la ija.hehe..tulah..susah sangat nak disiplinkan diri minum air masak ni

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah pagi khamis
    jom amalkan

    ReplyDelete
  3. sy akui jarang minum. so nk menggalakkan supaya sy kerap minum sy letak lemon dlm nyer... dari situ kuantiti minuman sy berubah ;-)

    ReplyDelete
  4. aah kan kak, minum air ikut berat bdn, makin berat makin byk la kuantiti air perlu diminum
    dulu selalu minum air manis2, skrg latih diri minum air kosong

    ReplyDelete
  5. Yeaayyy..sy nk kurus...jom amalkan minum air kosong hehe

    ReplyDelete
  6. Setakat ni masih maintain lagi.. tp kesihatan mmg kena sentiasa jaga kan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya