1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, September 3, 2015

TAK NAK TAMBAH LAGI

Bismillahirahmanirahim.Assalamualaikum...moga hari hari yang di lalui dipenuhi dengan akar keimanan dan bunga bunga cinta pada Allah dan Rasull.

Sempurnanya seorang wanita apabila dia menjadi isteri kepada seorang lelaki yang sah suaminya dan menjadi ibu pada anak anak. betul?? habis kalau yang takda anak dan suami tu tak sempurna ke sebagai wanita?? hurm, pelbagai persepsi boleh kita kupas mengikut interpretasi masing masing kan. 



Bila bercakap bab sempurna ni, hurmm.... ini pendapat hem ok. semua wanita yang dicipta oleh ilahi sangat sempurna sifatnya. wanitalah bidadari syurga, yang menyinari dan menyuluh kegelapan, di sebalik kekuatan wanita terselit rasa lemah/ sensitif/cengeng/emosi dan sebagainya..sempurna kan..allah dah cipta baik baik belaka. so itulah tafsiran kesempurnaan bagi aku. 

Berbalik pada tajuk asal, mukadimahnya tak lari pun, cuma bagi intro supaya hati ni sentiasa rasa termotivasi sikit. soalan " TAKNAK TAMBAH LAGI"??. ada kaitan dengan wanita juga, sama ada nak tambah anak atau nak tambah madu.

Hem bukan alergic/benci/menyampah dan perkataan yang sama dengannya tapi jauh di sudut hati yang paling dalam ni, subhanallah..yang maha berkuasa aja yang tahu betapa hem amat inginkan tapi masih belum ada rezeki. Merancang ke?? langsung tak. hem tak pernah amalkan pil perancang ke dan merancang ke, NEVER!! ini semua kerja sang PENCIPTA, bukan hem tau. ( tak marah tapi please la..)

Sedih?? nope, hem tak sedih, sebab hem tahu Allah punya perancangan lagi baik.


Perancangan Allah lagi hebat. hem tak tau..mungkin belum tiba rezeki untuk tambah, sebabnya, zara perlukan perhatian yang khusus dari segi mental dan fizikal, itu semua melibatkan emosi, pengurusan masa yang sangat limited, pengurusan kewangan. Allah akan memberi jika kita mampu untuk memikul semua itu. mungkin buat masa ini hem tidak mampu memikul yang selebihnya. betapa hebat kan kasih sayang allah, tak pernah menzalimi umatnya..memberi mengikut kemampuan. so hem perlu fikir positif supaya hari hari yang nak ditempuh ni berjalan dengan baik walaupun ada duri ke besi di hadapan. 

Bagi hem, kesempurnaan wanita bukan terletak pada bilangan anak, tetapi kesempurnaan wanita terlihat, apabila dia mampu membahagiakan orang -orang disekelilingnya dengan senyuman dan mampu menyorok kesedihan dan kepenatan. 

#akuyangsentiasaalpa#

5 comments:

  1. Betul tu. kualiti lagi penting dr kuantiti. Akk pun anak 3 je. Umo dah 40. Apa nak buat. Tu je yang sempat. Dok pk klw ada lg sape nak jage. Yg 3 ni pun kelam kabut nak uruskan sensorang

    ReplyDelete
  2. anak yong baru 10 bln tu pun, org kalut dok tanya bila nak tambah.hmmm xtau nak komen apa

    ReplyDelete
  3. Soalan bahaya ini..sila lag dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.cim

    ReplyDelete
  4. ada sebab yg harus kita percaya mengapa Allah beri begitu dan begini...

    ReplyDelete
  5. perancangan Allah lagi hebat dri perancangan kita.
    JOM FOLLOW SAYA

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya