1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Thursday, December 17, 2015

DIMANA KUALITI DRAMA KITA?


assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim
alhamdulilah, syukur dengan rezeki dan nikmat allah. selawat dan salam buat Rasullah saw. Moga hati kita sentiasa rindu pada Allah dan Rasullah saw.

Hem seperti mengalami simptom Schizophrenia bila melihat drama-drama melayu yang tengah rancak di setiap ruang channel, samada yang sudah habis tayangannya dan sedang ditayangkan. kenapa hem rasa hem mengalami simptom schizophrenia, kerana hem sendiri tak suka tapi hem seperti ada rasa halusinasi iaitu pengamatan untuk melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku datanglah rasa ketidakpuasan hati membuak buak.

Mengapa?? dan mengapa ada cerita yang sebegini? Plot cerita yang tidak munasabah dan pada akhirnya keseluruhan cerita tidak menarik dan sungguh menghampakan, sedangkan apabila kita membaca novel, penulis telah memberi satu jalan cerita yang penuh dengan rasa dan jiwa, sarat dengan emosi yang boleh meruntun jiwa pembaca tetapi apabila di adaptasi ke drama, ini semua tidak berlaku. kosong...semua kosong!

Hem ambil contoh satu drama ya, "Hello Mr.Perfect" karya Waniey Zakaria. hem dengar novel tu terlaris di pasaran.  actually drama ni pun dah tamat siarannya tetapi ingatan hem masih segar bagaimana plot ceritanya berjalan, sebab tu hem kata, hem mengalami simptom schrizofenia apabila melihat dua episod sahaja.

Perjalanan ceritanya sangatlah tidak memberansangkan minda kerana setiap intipati dalam scene tidak logik, dan kadangkala tidak masuk akal.

Kualiti tidak dijaga dengan baik oleh penerbit dan juga pengarah dan sebagai pelakon yang masih baru, anda perlu memahami jalan cerita dan watak yang anda bawa. timbalah ilmu dengan pelakon veteran/ senior.

usahlah mengejar kuantiti,kejarlah kualiti. 

1 comment:

  1. Sy rindu drama2 dulu yg betul2 meruntun perasaan. Contoh dendam terlerai. Smpi laa ni masih igt lg

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya