1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Friday, December 25, 2015

NO GADGET ALLOWED

Bismillahirahmanirahim
assalamualaikum..alhamdulilah..nikmat allah swt yang tidak terhingga. Selawat dan salam buat Rasullah saw. semoga kita semua di bawah lindungan rahmat allah dan syafaat Rasullah saw. 

Menarik untuk hem kongsi satu entry dari Ebit lew berkenaan dengan Gadget. moga perkongsiaan ini memberi manfaat pada hem. 


Dari dulu mak ayah saya ajar anak-anak semua makan berdua-duaan bersama pasangan. Suap menyuap dan berbual-bual. Paling best dapat makan satu bekas yang sama. Rasa dekat dan kasih sayang..berkongsi satu bekas yang sama. Tangan orang yang kita sayang buat kita terasa nikmat makanan walaupun makanan yang biasa..



Sedih bila pergi kedai makan tengok masing-masing menghadap phone. Anak-anak main game. Suaplah isteri dan anak-anak. Dalam makan pun ada sunnah Nabi saw yang membuat kita dikasihi Allah.

Makan tangan kanan. Baca bismillah, suapkan orang kita sayang. Ambilkan lauk buat isteri dan anak-anak. Berlemah lembut masa makan. Jangan marah anak anak masa makan. Bersyukur pada Allah. Beri adab makan sebelum makan atau bila-bila tapi bukan marah masa makan.

Berilah masa makan berdua-duaan suami isteri. Dalam bilik hotel berdua. Order makanan. Atau masak makanan pergi berkelah berdua-duaan. Memandang dan mengasihi pasangan membuat kita dikasihi Allah..rahmat bertambah. Rezeki bertambah..

Imam Nawawi menceritakan sunnah makan berjemaah. Juga sunnah makan dalam satu bekas yang sama. Seorang mengadu masalah keluarga. Rasulullah saw ajar mereka makan bersama-sama berjemaah. Ia merapatkan rasa cinta dan sayang.
Bersyukurlah dan hargailah orang yang kita sayang. Ya Allah hadiahkanlah setiap dari kami rasa cinta dan sayang sampai hari tua dan sampai kesyurga-

sumber : ebit lew

3 comments:

  1. Gadget dan ank2 cabaran dunia hari ini...

    ReplyDelete
  2. huurm.. gadget ngn anak2 tu mmg da tergoda..
    tapi kita yg dewasa ni ngan gadget pun susah nak pisah..

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya