1 Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

Saturday, December 19, 2015

SISWA/SISWI KURANG HORMAT PENSYARAH


Assalamualaikum
alhamudulilah..masih diberi kesempatan untuk menulis, selawat dan salam buat junjungan Rasullah saw. semoga kita semua mendapat rahmat Allah swt dan syafaat Rasullah saw.

Terpanggil untuk menulis berkenaan artikel dalam berita harian. sangat menarik tajuk yang dibincangkan.

Inilah masaalah yang makin menular dikalangan siswa/siswi sekarang. ponteng kelas, tidak menghantar tugasan, masuk kelas lambat dsb. jika perlu menulis tentang keburukkan yang semakin membimbangkan, kita sebagai pensyarah yang akan parah, parah jiwa dan hati, sebab tu la ramai pensyarah yang sakit darah tinggi/ Jantung :).

Sebagai pensyarah, saya mengakui artikel yang diterbitkan ini, tetapi mereka masih lagi boleh ditegur dengan cara yang berhemah kerana anak anak siswa/ siswi sekarang tidak boleh ditegur secara keras akibatnya nanti mereka akan protes dengan cara yang lebih teruk.

Pengalaman 8 tahun mengajar siswa/siswi, saya lebih suka menggunakan pendekatan "Reverse Psikologi". ada yang berjaya dan ada juga yang tidak ambil endah langsung, namun kita sebagai pensyarah jangan pernah kenal erti LELAH. 

Bunyinya macam senang, tapi mahu melaksanakan sangat mencabar, kadang-kadang timbul rasa marah apabila masuk kelas, yang ada hanyalah KERUSI, mana mereka?? urut dada la jawabnya.

Apabila sudah masuk tahun ke 8, saya menggunakan kaedah saya sendiri dan alhamdulilah ada perubahan. saya tidak boleh mengharapkan perubahan yang drastik tapi permulaan yang bagus untuk saya dan pelajar.

Doa. anda yakin? saya yakin hanya dengan Doa dan disusuli dengan usaha dan tawakal ( bergantung sepenuhnya pada Allah). Insyallah. yang buruk dari saya dan terbaik hanya dariNYA Ya Rabbi.


artikel dari berita harian

3 comments:

  1. Pensyarah / cikgu pn x hormat mcm mn dgn ibu bapa? Mmmm

    ReplyDelete
  2. menyedihkan..ada saya terasa jg hal hormat ni..semacam baru juga berlaku pada saya..pelik lah manusia ni dah kenal dah dapat ilmu tak pandang kita pula kan..pelik2

    ReplyDelete
  3. doa tanda kita memohon pertolongan dari Allah. SWT....remaja sekarang memang tidak boleh ditegur dengan cara yang keras....tak sama dengna remaja dulu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca. komentar anda inspirasi saya